Pemecatan terbesar kakitangan itu sekali gus memberi kesan kepada pasukan yang bertanggungjawab ke atas aplikasi Apple Books dan Apple Bookstore.
Laporan Bloomberg menyebut, pemecatan ini turut melibatkan beberapa peranan kejuruteraan dan pasukan perkhidmatan lain, termasuk yang mengendalikan Apple News.
Laporan tahunan terkini Apple Inc mendedahkan bahawa sehingga September 2023, syarikat itu mempunyai kira-kira 161,000 pekerja sepenuh masa.
Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja Apple dalam bahagian perkhidmatan tidak diketahui dengan jelas.
Apple sedang mengatur semula pasukannya dengan memberi fokus baru, termasuk kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
Sebelum ini, syarikat teknologi gergasi itu telah menangguhkan kerja pada set kepala berteknologi tinggi, Apple Vision, dan menghentikan projek pembangunan paparan jam tangan pintar, Apple Watch, awal tahun ini.
Apple juga berdepan cabaran di China iaitu pasaran ketiga terbesar mereka, di mana jualannya menurun 6.5 peratus pada suku kedua tahun ini. - Agensi