APPLE kini perlu membayar cukai berjumlah €13 bilion (~RM62 bilion) kepada Ireland selepas Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) membuat keputusan bahawa arahan Suruhanjaya Eropah (EC) supaya syarikat itu membuat bayaran berkenaan pada 2016 perlu diteruskan.

EC sebelum ini mendapati Ireland memberikan pelepasan cukai kepada Apple antara tahun 1991 hingga 2014 yang disifatkan sebagai tidak adil kepada syarikat lain.

Selepas arahan itu diberikan pada 2016, Apple telah melakukan rayuan dan Mahkamah Agung EU membatalkannya kerana EC gagal membuktikan Apple menerima layanan istimewa daripada Ireland dari sudut percukaian.

EC kemudian membuat rayuan semula dan Mahkamah Keadilan EU bersetuju dengan keputusan asal 2016.

Apple mengeluarkan kenyataan, kecewa dengan keputusan hari ini kerana sebelum ini Mahkamah Agung telah menyemak fakta dan membatalkan kes itu secara mutlak, dan menegaskan mereka tidak pernah ada perjanjian istimewa.