PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 17 kru termasuk seorang tekong nelayan warga Vietnam di perairan Kelantan kerana menggunakan bot nelayan tempatan tanpa lesen yang sah, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, bot itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sekitar kedudukan 48 batu nautika dari Muara Tok Bali pada 10.29 pagi.
"Mereka diarah berhenti untuk pemeriksaan dan mendapati kesemua nelayan itu merupakan warga Vietnam berumur antara 20 hingga 25 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan yang sah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata berikutan itu, mereka ditahan serta dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan Tok Bali untuk disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah untuk menjalankan aktiviti perikanan.
"Mereka boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.
Syed Nor Adli berkata bagi kesalahan itu mahkamah juga boleh melucutkan hak bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan kepada kerajaan Malaysia.
Beliau berkata verifikasi awal status bot melalui data Jabatan Perikanan mendapati lesen bot berkenaan telah tamat tempoh sejak 2019 dan berstatus tidak aktif.
Katanya, nilai rampasan termasuk bot dan 300 kilogram (kg) ikan, 200 kg sotong kering, 4,000 liter bekalan minyak diesel dan peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021

Bot itu dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sekitar kedudukan 48 batu nautika dari Muara Tok Bali pada 10.29 pagi. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Suspek memang dikenali bermasalah, kalau tahu saya halang dia berjumpa'
Nelayan yang mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, sekiranya mengetahui pelanggan tersebut adalah suspek, dia pasti akan berusaha menghalang pertemuan itu.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.

Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.