PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melupuskan tujuh bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak oleh mahkamah secara penggelaman untuk dijadikan tukun tiruan pada jarak 5.3 batu nautika dari Kuala Besar, Kota Bharu, Selasa.
Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata tiga daripada bot yang ditenggelamkan merupakan bot nelayan asing yang menggunakan nombor bot tempatan untuk mengaburi mata penguat kuasa.
Katanya, kesemua bot yang dilupuskan merupakan bot yang telah ditahan dalam Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai pada tahun 2021.
"Penahanan tujuh bot ini turut melibatkan tahanan ke atas 58 kru termasuk tekong warga Vietnam dengan rampasan tujuh bot, 1,700 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis, 1,300kg ikan baja, 50kg gamat, 150kg sotong kering dan sejumlah 27,800 liter diesel termasuk peralatan navigasi serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7.1 juta.
"Kesemua kru termasuk tekong disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan Rabu.
Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata nilai denda mahkamah bagi kesemua yang ditahan berjumlah RM12.5 juta, namun kesemua kru bot dan tekong memilih untuk dipenjarakan yang tempoh hukuman penjara antara lima hingga lapan bulan.
"Secara keseluruhannya, sejak tahun 2007 Maritim Kelantan melupuskan 264 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah pelupusan seperti penenggelaman, musnah, lelong dan jual serta hadiah dengan anggaran nilai lebih RM380 juta.
"Proses penenggelaman bot ini mendapat kerjasama Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia," katanya.
Beliau berkata kesemua bot yang ditenggelamkan telah melalui proses pemilihan yang ketat sebelum diluluskan untuk ditenggelamkan untuk memastikan tiada sebarang pencemaran berlaku dan bot tidak mudah pecah serta lebih tahan untuk dijadikan tukun tiruan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Syed Nor Adli pada sidang media di pekarangan Pejabat APMM Tok Bali, Rabu. -Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P

Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.

Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.

Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.

Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.

Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.

Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).