Ringkasan AI
- Bulan lepas, OpenAI melancarkan aplikasi ChatGPT untuk pengguna Windows, yang pada mulanya hanya tersedia untuk pengguna berbayar.
- Hari ini, aplikasi ChatGPT untuk Windows telah dibuka kepada semua pengguna, termasuk pengguna percuma.
- Aplikasi ini membolehkan pengguna melakukan carian, memuat naik fail untuk analisis, dan menggunakan ciri perbualan semula jadi, dengan akses kepada aplikasi terpasang dalam komputer Windows akan datang.
Namun, untuk pengenalan fasa awal, ia dihadkan kepada pengguna berbayar di bawah ChatGPT Plus, ChatGPT Enterprise, ChatGPT Team, dan ChatGPT Edu sahaja.
Hari ini, aplikasi ini mula dibuka kepada semua.
OpenAI menyatakan yang aplikasi ChatGPT untuk Windows kini turut boleh digunakan oleh pengguna percuma.
Selepas aplikasi dipasang, ChatGPT boleh diseru dengan kekunci Alt + Space.
Pengguna boleh melakukan carian dengan terus melajukan tangkapan layar, melakukan carian internet, memuat naik fail untuk analisa, dan juga menggunakan ciri perbualan semula jadi.
Akan datang, aplikasi ChatGPT turut boleh mengakses aplikasi yang terpasang dalam komputer Windows untuk penggunaan AI lebih mendalam dan tugasan produktiviti yang lebih cekap. -Amanz