Ahli Parlimen Gerakan Datuk Liang Teck Meng hari ini terus membidas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengenai kenyataan yang disifatkannya 'berat sebelah' terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 1 Januari di laman Facebooknya.
Menurut Liang, kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa Tony tidak hanya menyuarakan pandangannya atau mengkritik 1MDB, tetapi telah membuat tanggapan bahawa ada pihak yang telah melenyapkan berbilion-bilion wang rakyat.
“Saya hairan di mana beliau mendapat bukti bahawa puluhan bilion telah dilenyapkan pihak tertentu. Adakah dia membuat tanggapan itu berdasarkan laporan yang diaudit atau dia sekadar membaca Sarawak Report dan terus membuat kesimpulan itu?
“Dan jika kita boleh membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperoleh secara umum, (jadi) apakah tujuan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)?
"YB Tony perlu memahami bahawa siasatan ke atas 1MDB telah diadakan untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang dibuat oleh media awam.
"Jika kita boleh membuat kesimpulan berdasarkan maklumat awam, maka siasatan PAC tidak perlu dan YB Tony tidak perlu membuang masa dalam sesi siasatan PAC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, PAC juga mungkin boleh dibubarkan dan ahli-ahlinya boleh 'duduk di rumah' untuk membaca blog seperti Sarawak Report.
Menurut Liang, sebagai ahli PAC, beliau telah melaburkan banyak masa dalam prosiding itu bersama ahli yang lain dalam mencapai kesimpulan berdasarkan fakta, bukti dan saksi temuduga dan bukan berdasarkan maklumat awam.
"Adakah terlalu sukar YB Tony memahaminya? Adakah ia sukar untuk YB Tony untuk bekerjasama dengan yang lain untuk sama-sama membuat keputusan berasaskan fakta yang betul dan bukannya melemahkan kredibiliti keseluruhan pasukan kita dengan kenyataan-kenyataan yang tidak produktif dan bermotifkan politik?
“Sebenarnya tiada maknanya beliau membuat beratus-ratus kenyataan jika majoriti daripadanya adalah bermotifkan politik yang tidak berdasarkan fakta yang sebenar. Ia hanya menambah 'bising' dan kekeliruan dan bukannya kebenaran,” katanya.
Beliau juga menggesa Tony untuk 'berhenti membuatkan dirinya dipecat daripada PAC' untuk memanipulasi persepsi orang ramai dan membawa nama buruk kepada PAC dan Parlimen kerana ianya tidak adil kepada orang ramai dan ahli-ahli PAC yang lain.
Astro Awani
Mon Jan 04 2016
Ahli Parlimen Gerakan Datuk Liang Teck Meng membidas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (gambar) terhadap 1MDB. - Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.