KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) harus memberi penjelasan terkini berhubung status 800 kandungan video untuk TV Pendidikan yang disediakan syarikat Radius One, kata bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, kontrak yang ditawarkan kepada syarikat berkenaan bernilai RM1.9 juta.
Namun, beliau mendakwa, syarikat tersebut gagal menyiapkannya biarpun lanjutan masa telah diberikan kerajaan kepada Radius One dari 30 Nov 2020, hingga 31 Mac, tahun ini.
“Dalam jawapannya, Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin) telah mengatakan tarikh tamat projek itu dilanjutkan kepada 31 Mac 2021 berikutan kegagalan syarikat berkenaan menyiapkannya dalam tempoh tersebut.
“Kini setelah hampir empat bulan berlalu, umum perlu diberikan penjelasan telus berkaitan pembekalan kandungan video pendidikan ini kerana ia melibatkan duit pembayar cukai,” kata Maszlee lagi.
Tahun lalu, penerbit Radius One Sdn Bhd Fazli Baharom dilaporkan berkata, penghasilan kandungan tersebut sedang berjalan tanpa sebarang masalah dan beberapa daripadanya telah pun disiarkan.
Mengulas lanjut, Maszlee berkata, KPM harus menjelaskan beberapa isu penting seperti status pembuatan 800 kandungan tersebut, dan adakah ia mengikut kualiti spesifikasi dan durasi yang ditetapkan.
Selain itu, beliau juga mahu tahu jumlah rancangan dari 800 kandungan yang telah disiarkan dan di mana.
“Jika ia disiarkan, bagaimana guru-guru dan murid-murid hendak menonton semula rancangan tersebut, untuk digunakan sepanjang PdPR bagi tujuan rujukan?
“Selain itu berapakan bayaran yang dibuat kepada syarikat penyedia kandungan setakat ini? Apakah masih tetap dengan nilai RM1.9 juta juga atau ada bayaran tambahan?” soalnya lagi.
Maszlee berkata, Menteri Kanan Pendidikan dan dua timbalannya perlu bersikap bertanggungjawab dan telus dalam isu tersebut agar pendidikan negara dan masa depan anak-anak bangsa tidak diperjudikan.
Firdaus Azil
Thu Jul 29 2021

Maszlee berkata, KPM harus menjelaskan beberapa isu penting seperti status pembuatan 800 kandungan tersebut, dan adakah ia mengikut kualiti spesifikasi dan durasi yang ditetapkan. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.

Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata

Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.

Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.

Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.