KUALA LUMPUR: Selepas lebih setahun, akhirnya parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysia United Democratic Alliance (MUDA), akan menjadi sebuah parti yang sah.
MUDA diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 24 Ogos 2020 dengan aspirasi membentuk gerakan anak muda dari segenap latar belakang untuk membentuk gelombang politik baharu.
Namun, langkah awalnya berdepan rintangan apabila permohonan untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah ditolak pada 7 Januari lalu atas sebab yang tidak jelas, menyaksikan Syed Saddiq turun naik mahkamah untuk membuktikan kesilapan penolakan itu.
Akhirnya, usaha beliau berbuah hasil apabila semalam (14 Disember) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendaftarkan parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selewat-lewatnya pada 18 Disember ini.
Satu hal sudah selesai, apa pula seterusnya?
Sudah pasti pelbagai persoalan timbul dan belum terjawab tentang kewujudannya, khususnya buat anak muda. Mereka perlu tahu terlebih dahulu ke mana arah tuju landasan yang diluncuri gerabak baharu ini sebelum mereka yakin untuk melompat masuk menyertainya bersama yang lain.
Apa perlunya sebuah lagi parti baharu? Bagaimanakah ‘blueprint’ dan rancangan MUDA untuk melaksanakan misinya membawa nafas baharu dalam politik tanah air?
Sungguhpun ia dipacu anak muda, bagaimana ia boleh tampil sebagai parti untuk semua rakyat Malaysia?
Penting juga untuk diambil kira, bagaimana langkah perjuangan pergerakan muda ini menyantuni keberadaan ‘kuda-kuda tua’ yang masih ligat bercongklang, untuk MUDA akhirnya dapat memperjuangkan idealisme mereka?
Pada pukul 8.30 malam ini, semua persoalan itu akan dijawab kaptennya Syed Saddiq di pentas Agenda AWANI di saluran 501, astroawani.com serta aplikasi Astro AWANI.
Israr Khalid
Wed Dec 15 2021

Pada pukul 8.30 malam ini, Syed Saddiq akan diwawancara di Agenda AWANI di saluran 501, astroawani.com serta aplikasi Astro AWANI.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.