KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan rakyat kini semakin terdesak dan tertekan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Anwar yang juga Presiden PKR menjelaskan pengeluaran KWSP itu perlu dibenarkan pada kadar segera tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.
Malah tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan juga perlu mengambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum.
Beliau juga menjelaskan, sebelum ini agak keberatan untuk mendukung langkah tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada simpanan rakyat biarpun langkah yang diambilnya tdak popular.
"Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.
"Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) tidak mempedulikan desakan ini. Bilangan rakyat yang mengeluh kepada saya terus meningkat.
"Dan saya terus mendengar keluhan di kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung," katanya.
Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat setelah mengambil maklum desakan di kalangan rakyat yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.
Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Ismail Sabri berkata, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.
Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.
Astro Awani
Wed Mar 09 2022
Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat setelah mengambil maklum desakan di kalangan rakyat yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP. - Gambar fail/BERNAMA
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Berat untuk menyimpan, berisiko kemiskinan hari tua
Pakar berbeza pandangan tentang saranan agar sistem pencen dimansuhkan kerana ia bererti setiap orang bergantung pada KWSP ketika persaraan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Oktober 2024.
KWSP umum liputan mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan liputan mandatori untuk pekerja bukan warganegara sebagai usaha memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.
Belanjawan 2025 memperkukuh kesejahteraan persaraan
KWSP menyokong agenda reformasi untuk membina sebuah negara yang inklusif dan makmur yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.