PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini bagi mengembalikan semula samannya terhadap kerajaan untuk membatalkan sabitan kes liwat membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan presiden PKR itu dan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tepat dalam membatalkan saman pemula Anwar.
Abu Bakar, yang menyampaikan keputusan itu berkata dakwaan Anwar bahawa ketua pendakwa dalam kes liwatnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, telah menerima RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah kenyataan semata-mata tanpa bukti sokongan.
"Oleh itu, kenyataan bahawa Muhammad Shafee tidak bebas sebagai ketua pendakwa, tidak mempunyai sebarang merit.
"Dalam apa jua keadaan walaupun terbukti wang itu telah dibayar kepada Muhammad Shafee oleh Najib, kami tidak berpendapat ini menjejaskan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," kata hakim itu.
Abu Bakar berkata, keputusan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Anwar diberikan oleh hakim mahkamah tersebut secara bebas dan tanpa pengaruh atau pengetahuan mengenai sebarang bayaran antara kedua-dua individu itu.
"Oleh itu tidak menjadi isu jika ada pembayaran tersebut dibuat oleh Najib kepada Muhammad Shafee. Perkara itu menjadi urusan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat dan Peguam Negara untuk mendakwa jika terdapat pembayaran rasuah dan penerimaan dalam jumlah yang sama," katanya.
Beliau berkata Anwar juga tidak dinafikan peluang membela diri sehingga ke Mahkamah Persekutuan dalam kes liwatnya.
Prosiding mahkamah dijalankan secara dalam talian.
Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2017 yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan samannya.
Dalam saman pemulanya yang difailkan pada 9 Jun 2017, menamakan kerajaan sebagai defendan, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan adil dalam prosiding rayuannya berhubung sabitan kes liwat.
Anwar memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.
Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan juga adalah ultra vires dan oleh itu, terbatal serta tidak sah.
Afidavit Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitan kes liwat beliau.
Sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun, Anwar telah diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.
Peguam J. Leela dan How Li Nee mewakili Anwar manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak pendakwaan. Peguam Sarah Abishegam bertindak bagi Muhammad Shafee, yang dibenarkan mencelah dalam rayuan pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
![Anwar gagal dalam rayuan kembalikan saman untuk batal sabitan kes liwat Anwar gagal dalam rayuan kembalikan saman untuk batal sabitan kes liwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623212215_AnwarIbrahimdiist.jpg)
Panel tiga hakim menolak rayuan presiden PKR itu dan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tepat dalam membatalkan saman pemula Anwar. - Astro AWANI
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156111_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129464_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
![[KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka [KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712837466_tbHimpunanSolidarit.jpg)
[KOLUMNIS] Malaysia tegas berjuang, sehingga Palestin merdeka
Kerajaan Malaysia secara konsisten dan lantang menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.
![PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720064712_tbaktivisreformasi.jpg)
PM sampai bantuan kepada aktivis reformasi
Anwar berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kos perubatan dan kehidupan seharian Tan serta keluarga.
!['Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994055_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
![Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719914343_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.
![Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719903604_SaifuddinNasution.jpg)
Parlimen: PM tegur Saifuddin tidak ikut kod etika pakaian
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mematuhi etika berpakaian pada sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.
![Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719901027_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM
Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi petrol RON95.
![KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719895973_AnwarIbrahim.jpg)
KIGIP bakal jadi hab semai bakat dan inovasi - Anwar
Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719895570_AnwarIbrahim.jpg)
Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup (KSH) rakyat telah diubah suai, bagi memastikan ia selari dengan perkembangan semasa negara.
![Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719887680_AnwarIbrahim.jpg)
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.