Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenar bersentuhan secara fizikal dengan anggota keluarga ketika mereka melawatnya sebanyak tujuh kali di Penjara Sungai Buloh, tahun lepas.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dalam hujahannya berkata berdasarkan statistik daripada Penjara Sungai Buloh antara Januari hingga Disember 2016, pihak penjara telah membenarkan tujuh permohonan Anwar dan anggota keluarganya untuk bertemu dan bersentuhan.
"Itu tidak termasuk pertemuan secara bersemuka di mahkamah dan hospital," hujahnya ketika pendengaran semakan kehakiman difailkan Anwar dan keluarganya bagi mencabar keputusan Penjara Sungai Buloh yang tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan anggota keluarga ketika lawatan di penjara itu.
Shamsul yang mewakili Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden, berkata pihak penjara juga tidak pernah menghalang Anwar untuk bertemu dan melakukan sentuhan fizikal dengan anggota keluarganya ketika lawatan ke penjara.
Peguam N. Surendran yang mewakili Anwar dan keluarganya, berhujah Anwar tidak mengharapkan sebarang layanan istimewa daripada pihak penjara, sebaliknya diberi hak mengikut perlembagaan untuk bersentuhan dengak anggota keluarganya di penjara.
Beliau berkata dalam beberapa pertemuan di penjara, Anwar dan keluarganya dibenarkan bersentuhan tidak melebihi lima minit dan bukan pada setiap lawatan mereka dibenarkan berbuat demikian (bersentuhan).
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad yang mendengar hujahan itu menetapkan 7 Mac untuk keputusan permohonan Anwar itu. Mahkamah itu sebelum ini memberi kebenaran kepada Anwar dan keluarganya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas mendapati terdapat isu yang perlu dibicarakan.
Selain Anwar, 69, turut bertindak selaku pemohon ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 64, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 36, Nurul Nuha, 33, Nurul Ilham, 29, dan Nurul Iman, 26.
Turut memfailkan permohonan itu ialah anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masing-masing berumur 10 dan lapan tahun, serta anak Nurul Nuha iaitu Sulaimaan Mohamad Khairul, dan Yahya, masing-masing berumur lima dan empat tahun.
Mereka memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac 2016 yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua anggota keluarga dibatalkan.
Mereka mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dipisahkan daripada mereka melalui dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon.
Anwar, melalui surat peguam caranya bertarikh 2 Mac 2016, telah memohon kepada ketiga-tiga responden supaya membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarga ke penjara tetapi mendakwa pengarah Penjara Sungai Buloh menolak permohonan berkenaan melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017

Mahkamah Tinggi diberitahu Anwar dibenar bersentuhan dengan anggota keluarga ketika mereka melawatnya di Penjara Sungai Buloh, tahun lepas. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Langkah Dubai: 'Saya tahu, tapi tak boleh 'habaq' - Sanusi
Cakap-cakap politik berkait spekulasi 'Langkah Dubai' hari ini masih lagi kedengaran biar pun tiada sebarang bukti signifikan.

Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pentas PBB: Ucapan PM berani, tegas, berpijak pada realiti semasa - Reezal Merican
Pendirian yang ditunjukkan PM adalah jalan yang paling wajar dengan membuktikan tiada hipokrasi.

Ucapan sulung PM sentuh segala isu mustahak dunia - Syed Hamid
Isu-isu sensitif tetapi perlu disentuh seperti di Afghanistan, mencerminkan bahawa pendirian Malaysia adalah amat jelas sekali.

PM selesai jalani pembedahan kecil gigi
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di laman Facebook memaklumkan beliau kini berada dalam pemantauan pihak hospital sehingga esok.

Malaysia bakal tarik lebih banyak syarikat automotif China
Sektor automotif juga perlu memastikan ekosistemnya memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) PBB.

PM mahu kesatuan rakyat ditingkatkan sempena Aidilfitri
Beliau turut mengucapkan salam Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia.

LHDN layak siasat individu, syarikat elak bayar cukai - PM
Perdana Menteri menegaskan, selagi beliau diberikan amanah memimpin negara, beliau akan pastikan setiap individu patuh kepada undang-undang.

Malaysia-UAE sepakat tingkatkan kerjasama pelbagai bidang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap akan dapat mengadakan lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.

PM bertemu Erdogan, zahir solidariti Malaysia kepada Turkiye
Beliau dalam masa turut menyeru agar semua mendoakan peristiwa duka itu segera berlalu dan Turkiye kembali pulih.