KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNGA ke-78 sebagai berani, tegas dan berpijak pada realiti semasa.
Ujar beliau, kenyataan Perdana Menteri terutama dalam menyelar kekejaman Israel dan isu di Afghanistan secara terbuka membuktikan bahawa beliau membawa pendirian untuk berkata benar dan terbuka.
"PM menyelar kekejaman Israel secara cukup tegas dan terbuka. 'Abusive regime' kata Anwar.
"Sementara bersimpati dengan situasi di Afghanistan; ketidakadilan terhadap wanita dan gadis diselar. Menerima Myanmar sebagai rakan, tidak sama sekali menidakkan keperluan 'barbarisme' dihentikan. 'Kemunafikan' disebut dengan jelas tentang kuasa besar dunia yang ada sekarang.
"Anwar ada ruang mudah untuk menjadi popular di New York. Membisu dalam kekejaman Israel, letepikan kekejaman Myanmar, memuji ketidakadilan. Namun, Anwar memilih untuk 'berkata benar dan terbuka'.
"Kebenaran dan keterbukaan inilah yang barangkali kurang disenangi mereka di koridor kuasa PBB," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau percaya pendirian yang ditunjukkan itu adalah jalan yang paling wajar dengan membuktikan tiada hipokrasi dan yakin bahawa ucapan Anwar itu telah meletakkan beliau dalam senarai pemimpin tegas dalam kalangan pemain politik arena antarabangsa.
"Realiti geopolitik dan geostrategik ketika ini memerlukan pemimpin yang berani dan tegas. Yang berterus terang.
"Bukan mereka yang 'spineless'. Saya melihat ucapan Anwar di UNGA sebagai kenyataan negara yang cukup tegas.
"Viral dan tular tentang ketidakhadiran perwakilan itu satu sisi yang biasa. Satu sisi yang lain, ucapan itu memanaskan telinga banyak pihak yang mendengarnya dari bilik pejabat, hotel dan koridor kuasa di United Nations Plaza dan sekitar Lexington Avenue.
"Mesej Anwar jelas dan sampai. Anwar nyata telah mulakan rentak dengan betul," ujar beliau lagi.
Nickyson Nyambar
Tue Sep 26 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sulungnya di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNGA ke-78 di ibu pejabat PBB di New York pada Jumaat lalu. - Gambar fail/BERNAMA

Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Langkah itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus

Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine
Berita mengenai potensi berlaku perubahan status itu membuatkan komuniti Ukraine di New York berasa takut dan bersiap sedia.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

PBB isytihar 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) secara rasmi mengisytiharkan 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa.

'Kesan dahsyat' ke atas Gaza susulan penutupan sempadan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa penutupan tiga lintasan sempadan Israel yang berlanjutan sejak tiga hari lalu berisiko mencetuskan "kesan dahsyat" ke atas Seme

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia tegaskan semula komitmen terhadap hak asasi manusia pada Sesi UNHRC Ke-58
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap hak asasi manusia.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.