CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus memastikan setiap individu patuh kepada undang-undang dan tidak terlepas daripada membayar cukai.
Jelas beliau, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) layak diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang mengelak daripada menjalankan tanggungjawab itu, termasuk golongan-golongan kaya.
"Ini sebagai dorongan, selagi saya diberi amanah pimpin kerajaan ini, saya mahu rakyat sama ada kecil atau kaya tunduk kepada hukum (undang-undang) dan tidak terlepas daripada membayar cukai.
"Tanggungjawab saudara yang kena pastikan, kalau dapat dilaksanakan, saya percaya hasil kita akan terus meningkat lebih daripada prestasi yang cukup baik dicatatkan tahun lalu," katanya.
Ujar beliau, individu terutamanya golongan kaya seperti konglomerat serta syarikat-syarikat besar mempunyai hasil yang mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab membayar cukai yang dilaksanakan di negara ini.
"Tahun ini, tahun 2023, 130,000 individu yang tergolong dalam kemiskinan tegar, itu kita bebaskan dan kita mampu bebaskan dengan hasil sumbangan dalam negeri.
"Tahun ini kita mulakan gerakan supaya anak di sekolah tidak pergi ke sekolah yang mana tandas rosak, (memberikan perhatian terhadap) klinik desa, saya mengambil ketetapan membelanjakan RM1 bilion untuk sekolah daif dan klinik yang lain. Ini dapat dilakukan hasil daripada sumbangan saudara dan saudari," jelasnya dalam ucapan.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Hari Hasil ke-27 di Menara Hasil, Cyberjaya pada Isnin.
Turut hadir dalam majlis itu, ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi.
Nickyson Nyambar
Mon Mar 06 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penegasan akan memastikan kepimpinannya bersikap adil kepada semua tidak kira kecil mahupun kaya dalam mematuhi undang-undang negara termasuk dalam membayar cukai. - Bernama
Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.
Nahas Jeju Air: 96 disahkan maut, dua berjaya diselamatkan
Difahamkan pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat di mana dua penumpang telah diselamatkan.
Kereta api bertembung trak bomba, tiada kematian dilaporkan
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian mengakibatkan tiga anggota bomba termasuk 12 penumpang kereta api cedera.
KTMB perkenal tren MySawasdee Butterworth-Hatyai
Tren khas MySawasdee laluan Butterworth-Hatyai kini dalam percubaan. Nikmati perjalanan selesa tanpa tukar tren dengan tambang RM45. Tempoh percubaan hingga 5 Januari.
Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya.
Polis sahkan terima laporan aktiviti curiga di tanah kubur
Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di negeri-negeri pantai timur
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan beberapa kawasan di tiga negeri sehingga Isnin.
Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.
UK seru siasatan bebas nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Presiden Rusia Vladimir Putin memohon maaf kepada Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev atas insiden tragis tersebut, tetapi tidak mengakui tanggungjawab Rusia secara langsung.
Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra
Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
SSPA: Pencen pesara diselaraskan berdasarkan gaji akhir - PM Anwar
Kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga kebajikan golongan itu.
Anwar jumpa Prabowo, Thaksin pada 23 dan 26 Disember
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra masing-masing pada 23 dan 26 Disember ini.
Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
Malaysia-Thailand komited capai keamanan penuh, bangunkan ekonomi Selatan Thai – PM
Malaysia dan Thailand menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha dialog keamanan bagi menyelesaikan isu berbangkit di wilayah Selatan Thailand.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.