JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bertekad untuk memperbaharui kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam bidang telekomunikasi serta informasi agar lebih dinamik seiring dengan kepesatan perubahan landskap teknologi.
Beliau berkata skop kerjasama yang bakal diperluas termasuk teknologi 5G, perkhidmatan satelit, kabel dasar laut, keselamatan siber, ekonomi digital dan pembangunan kandungan.
"Pertemuan ini sangat penting kerana ia menandakan satu permulaan baharu yang kita harap lebih dinamik dan terkini yang boleh disusuli," katanya kepada Bernama selepas melakukan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatan beliau iaitu Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Johnny Gerrard Plate hari ini.
Annuar berkata hubungan istimewa kedua-dua negara sangat erat dalam pelbagai bidang berkaitan telekomunikasi menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Penerangan Malaysia dan Departemen Penerangan Republik Indonesia yang ditandatangani pada 13 Julai 1984.
"Kita telah ada MoU bertulis yang menghuraikan skop dan bidang-bidang kerjasama tetapi kemudiannya kerana perubahan politik yang berlaku di Indonesia dan Malaysia, kita seperti hilang fokus sedikit.
"Banyak perkara tertumpu kepada hal domestik, sebab itu lawatan saya bertujuan untuk membuat perbincangan semula dengan Menteri Johnny dan menghidupkan semula rangkaian kerjasama," katanya.
Beliau juga mahu kerjasama Radio Televisyen Malaysia dan Televisi Republik Indonesia diperbaharui melalui pertukaran kandungan serta bahan berita.
Pada pertemuan itu, Annuar turut mengundang rakan sejawatnya untuk menghadiri sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang dijangka diadakan pada 26 hingga 29 Mei di Melaka.
Pada 30 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan mengiktiraf 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2021.
Annuar berada di Jakarta untuk menyertai sambutan kemuncak Hari Pers Nasional (HPN) 2020 di Kendari, Sulawesi Tenggara secara maya pada Rabu, yang turut disertai Presiden Indonesia Joko Widodo.
Beliau diiring Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Mastura Ahmad Mustafa.
Turut serta termasuk Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia Datuk Mokhtar Hussain, Timbalan Ketua Pengarang (Perniagaan dan Kewangan) Bernama Roslan Ariffin dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhami Abdul Malek.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) bertukar cenderahati ketika bertemu rakan sejawatnya Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Johnny Gerrard Plate di sini hari ini. - Foto BERNAMA

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.