GANGGUAN anjing liar bukan isu baharu, malah ia bagaikan tidak berkesudahan dan menjadi antara kebimbangan penduduk.
Lebih merisaukan lagi apabila anjing berkenaan didakwa mula bertindak ganas dengan mengejar individu yang melalui kawasan tersebut selain menganggu orang ramai yang beriadah dan turut mencederakan serta membunuh haiwan ternakan.
Menerusi Apa Khabar Rakyat minggu ini, wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan menyingkap keluhan dan luahan penduduk berhubung isu tersebut yang berlaku di kawasan sekitar Kampung Bagan Pinang, Port Dickson.
Seorang penduduk Taman Dato’ Hj Abdul Samad, Kampung Bagan Pinang, Siti Rahmah Abdul Wahid, 40, menceritakan detik bagaimana dia bersama anaknya, Umar Atharizz Muhd Fadzlullah, 9, cedera selepas dikejar enam ekor anjing ketika keluar berjoging pada jam 7.15 pagi, 25 Januari lalu.
Katanya, ketika kejadian dia tidak menyedari kehadiran sekumpulan anjing berkenaan.
“Masa itu dekat padang bola, saya tidak perasan ada sekumpulan anjing berhampiran sebuah rumah di Jalan Pinang 5, tiba-tiba anjing berkenaan kejar kami.
“Saya lepaskan anak untuk dia selamatkan diri dahulu sebelum saya pula selamatkan diri, tetapi malangnya dalam keadaan yang kelam-kabut itu saya dan anak terjatuh sehingga mengalami luka di lutut dan siku,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, berikutan itu satu laporan polis telah dibuat pada hari sama untuk tindakan lanjut daripada pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Seorang lagi penduduk, Sofian Hamsan, 41, berkata, empat ekor angsa peliharaannya mati dibunuh oleh sekumpulan anjing liar dalam kejadian tahun lalu.
“Anjing-anjing ini sudah merosakkan harta benda orang kampung termasuklah ternakan sebab anjing ini boleh dikatakan ada merayau-rayau setiap masa, subuh dan waktu malam. Kalau petang-petang itu penuh di kedai-kedai dan rumah orang.
“Saya berharap sangat akan ada satu tindakan tegas mengenai isu ini sebab bimbang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya kanak-kanak yang nak balik mengaji,” ujarnya.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Mohamad, 34, pula berkata, kumpulan anjing liar itu kebiasaannya berkeliaran dekat kawasan padang pada waktu petang.
“Waktu lain saya tidak pasti, tetapi kadangkala ada dekat padang. Takut juga kalau kena kejar atau gigit,” ceritanya.
JPKKP PANJANGKAN ISU KEPADA MPPD
Sementara itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bagan Pinang di sini sudah memanjangkan isu berkaitan anjing liar di kampung berkenaan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Pengerusinya, Hasan Masuadi mengakui sejak kebelakangan ini terdapat banyak anjing liar berkeliaran dalam Kampung Bagan Pinang.
Katanya, keadaan ini menyebabkan terjadi beberapa gangguan antaranya anjing-anjing mengejar murid sekolah dan kanak-kanak yang mana ia boleh menyebabkan kecederaan.
“Anjing liar ini juga dipercayai membunuh ternakan seperti ayam, itik dan kucing. Tahun lalu saya terima aduan daripada orang kampung bahawa dua ekor angsanya telah dibunuh anjing liar tersebut.
“Bagi mengelak berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini, saya berharap pihak MPPD dapat membuat sesuatu bagi menghalau dan menghapuskan anjing liar ini,” tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 14 2024

Sekumpulan anjing liar dirakam oleh penduduk yang dikongsi di Facebook. Siti Rahmah (kanan) menunjukkan siku anaknya yang cedera dalam kejadian Januari lalu. - Foto Sinar Harian

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.

Justice for Lily: Polis buka kertas siasatan kematian kucing di UM
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis
Kucing yang dikenali sebagai Lily ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan

Pembunuhan 'Kopi': Empat aktivis haiwan saman Majlis Daerah Besut, Kerajaan Terengganu
Keempat-empat plaintif memfailkan saman pemula itu pada 10 Dis lepas menerusi Tetuan Raj & Sach di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.

Tindakan penguat kuasa lupus anjing liar ikut prosedur - YDP MDB
Dakwaan pihak tertentu bahawa anjing tersebut dibiarkan oleh petugas setelah mati adalah tidak benar.

MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.

Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).

Anjing liar terus ancam keselamatan penduduk
Lebih merisaukan lagi apabila anjing berkenaan didakwa mula bertindak ganas dengan mengejar individu yang melalui kawasan tersebut.

Kes halang MBPJ tangkap anjing liar: Warga emas kemuka representasi
Seorang lelaki warga emas akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh MBPJ.