Pemegang Konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua kelas kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata diskaun yang bermula pada pukul 12 tengah malam 16 Feb hingga 11.59 malam hari yang sama bertujuan memeriahkan sambutan perayaan itu.
Beliau menambah Anih Berhad menjangkakan peningkatan trafik sebanyak 60 peratus bermula petang 14 Feb dan 17 Feb depan berbanding 150,000 kenderaan pada hari biasa kerana pengguna mengambil peluang bercuti sempena cuti panjang perayaan.
"Bagi melancarkan perjalanan, Anih Berhad berharap orang ramai dapat mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kenderaan bertembung pada masa sama pada waktu puncak di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak," katanya.
Nik Fauzi berkata demikian pada ucapannya yang dibacakan Naib Presiden Anih Berhad Radzimah Mohd Radzi pada Program Lawatan Amal di Hospital Bentong yang dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.
Berdasarkan TTA itu, mereka yang merancang pulang ke kampung pada 15 Feb di Pahang disarankan memasuki Plaza Tol Gombak pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang atau 7 malam ke 11 malam manakala mereka ke Kelantan dan Terengganu, waktu saranan ialah 6 hingga 10 pagi atau 5 petang ke 8 malam.
Manakala TTA pada 18 Feb pula, mereka dari Pahang disarankan masuk ke lebuh raya pada pukul 6 ke 10 pagi atau 7 malam ke 10 malam, Terengganu (8 ke 11 pagi atau 8 ke 10 malam) dan Kelantan (6 petang ke 10 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam).
Nik Fauzi berkata pengguna kenderaan ringan juga disarankan untuk mengelak daripada memasuki Plaza Tol Gombak antara pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam yang merupakan waktu saranan untuk bas ekspress.
Selain itu, Nik Fauzi memaklumkan Anih Berhad telah membelanjakan RM1.4 juta dalam pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pahang dan akan diteruskan pada tahun ini.
"Sebagai permulaan, tahun ini Anih Berhad akan menyerahkan 14 buah kereta peronda baharu kepada Polis Diraja Malaysia untuk kegunaan peronda lebuh raya meliputi Mitsubishi Outlander, Mitsubishi ASX, Proton Preve Turbo bernilai RM1.43 juta yang akan diserahkan tidak lama lagi," katanya.
Nik Fauzi menambah Anih Berhad juga menyampaikan bantuan khas kepada dua penduduk Bentong iaitu Saiful Amran Abdul Malek, 53, yang merupakan bilai Masjid Tanjung Sulaiman di Ketari yang menerima kerusi roda elektrik baharu.
Bantuan juga diberikan kepada Muhammad Farid Aiman Abdul Hazhar, 16, dari Kampung Bukit Piatu Benus yang menghidap Thalassemia sejak berusia enam bulan dan kini menerima rawatan di Hospital Bentong.
"Inisiatif ini merupakan satu usaha berterusan oleh Anih Berhad untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warga korporat yang prihatin dan memupuk hubungan yang lebih erat dengan golongan kurang bernasib baik terutamanya di Bentong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2018

Mereka yang merancang pulang ke kampung pada 15 Feb di Pahang disarankan memasuki Plaza Tol Gombak pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang atau 7 malam ke 11 malam. - Gambar fail
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang
Projek yang bakal dijalankan Anih Bhd itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.

Lebuhraya KL-Karak sesak disebabkan penyelenggaraan
Kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.

Treler bawa muatan kimia terbabas, Lebuhraya KLK sesak lebih 4km
Twitter Anih Berhad @LPTTrafik memaklumkan kemalangan yang melibatkan sebuah treler membawa bahan kimia itu menyebabkan kesesakan dari KM40.2.

Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan
Dikhuatiri penunggang motosikal atau kenderaan lain mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.

Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) Anih Berhad menafikan dakwaan berlaku simbahan minyak di Kilometer 75.7 lebuh raya itu.

1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1
Pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Anih Berhad tawar diskaun 10 peratus sempena Tahun Baharu Cina
Diskaun yang bermula pada pukul 12 tengah malam 16 Feb hingga 11.59 malam hari yang sama bertujuan memeriahkan sambutan perayaan itu.

Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad
Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh pada pukul 3.15 petang semalam adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.

Dakwaan jalan mendap dekat terowong Genting Sempah tidak benar - Anih Berhad
Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.

Konkrit 300 meter dipasang di kawasan banjir lumpur Lebuhraya KL-Karak
Anih Berhad akan membina penghadang konkrit sepanjang 300 meter di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, pada Rabu lalu.