Jumlah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dijangka mencecah sebanyak 1.6 juta sepanjang sembilan hari musim perayaan tahun ini.
Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.
Secara purata jumlah kenderaan yang melalui KLK adalah 108,000 buah pada hari biasa dijangka meningkat kepada 179,000 buah manakala di LPT1, 48,000 kenderaan pada hari biasa dijangka meningkat kepada 76,600 kenderaan sehari.
"Bagi menghadapinya jumlah peningkatan itu, cadangan waktu perjalanan (TTA) akan dikeluarkan bagi mengurangkan kesesakan melampau pada waktu puncak selain melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.
"Kami juga akan memberikan diskaun tol yang akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian, melakukan rondaan trafik dan fasiliti, menambah 17 hingga 24 peratus kakitangan serta mendapatkan bantuan dari pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia Datuk Sr Aziz Abdullah.
Menurut Nik Fauzi, Anih Berhad meneruskan tradisi tahunannya pada bulan Ramadan dengan mengedarkan edaran pek buah kurma dan juadah iftar secara percuma kepada pengguna di dua lebuh raya konsesinya.
Nik Fauzi berkata edaran pek buah kurma yang bermula pada 17 Mei hingga akhir Ramadan dilaksanakan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak menjelang waktu berbuka puasa.
Nik Fauzi berkata sumbangan tahun ketiga itu melibatkan 11,000 pek buah kurma percuma dan 2,500 pek juadah berbuka itu juga merupakan tanda penghargaan mereka kepada pengguna dua lebuh raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2019

Diskaun tol di Lebuh Raya Karak dan LPT1 sempena musim perayaan akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian. - Gambar hiasan

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula tahun ini - MB Pahang
Projek yang bakal dijalankan Anih Bhd itu melibatkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Lingkaran Tengah Utama, Bentong.

Lebuhraya KL-Karak sesak disebabkan penyelenggaraan
Kesesakan berlaku dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 berhampiran Bentong.

Treler bawa muatan kimia terbabas, Lebuhraya KLK sesak lebih 4km
Twitter Anih Berhad @LPTTrafik memaklumkan kemalangan yang melibatkan sebuah treler membawa bahan kimia itu menyebabkan kesesakan dari KM40.2.

Pengguna Lebuhraya KLK diminta jangan solat di lorong kecemasan
Dikhuatiri penunggang motosikal atau kenderaan lain mungkin tidak menyedari kehadiran individu di lorong kecemasan.

Tiada simbahan minyak di lebuh raya Karak, insiden lama tular semula - Anih Berhad
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) Anih Berhad menafikan dakwaan berlaku simbahan minyak di Kilometer 75.7 lebuh raya itu.

1.6 juta kenderaan dijangka di Lebuh Raya Karak, LPT1
Pertambahan jumlah kenderaan itu adalah sebanyak 65 peratus iaitu bermula 1 hingga 3 Jun apabila warga kota mula pulang ke kampung halaman.

Anih Berhad tawar diskaun 10 peratus sempena Tahun Baharu Cina
Diskaun yang bermula pada pukul 12 tengah malam 16 Feb hingga 11.59 malam hari yang sama bertujuan memeriahkan sambutan perayaan itu.

Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad
Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh pada pukul 3.15 petang semalam adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.

Dakwaan jalan mendap dekat terowong Genting Sempah tidak benar - Anih Berhad
Jurucakapnya berkata berita itu palsu dan pengguna jalan raya boleh mengikuti perkembangan berkaitan berita dan trafik menerusi Twitter @LPTTrafik.

Konkrit 300 meter dipasang di kawasan banjir lumpur Lebuhraya KL-Karak
Anih Berhad akan membina penghadang konkrit sepanjang 300 meter di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, pada Rabu lalu.