Teka-teki mengenai siapa Adun yang akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Perak diketahui hari ini.
Ia berikutan majlis mengangkat sumpah jawatan berkenaan dijadualkan dilakukan pada jam 5 petang ini di Istana Iskandariah.
Perkara itu dimaklumkan kepada media oleh Jabatan Penerangan Negeri bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Perak antara negeri yang masih belum menamakan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas Pengerusi Harapan Negeri, Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai menteri besar pada 12 Mei lalu.
BACA: Senarai 10 Exco akan diserah kepada Sultan Perak esok - Ahmad Faizal
Difahamkan dalam pelantikan kali ini, DAP Perak mendominasi lima daripada 10 jawatan exco yang disediakan memandangkan parti itu menang 18 kerusi Dun pada PRU14 lalu diikuti dengan Amanah sebanyak tiga orang dan PKR dengan dua orang wakil.
Terdahulu dalam sidang media sebelum ini, Ahmad Faizal memaklumkan jumlah exco tidak banyak berubah seperti sebelum ini dan pembahagiannya berdasarkan kerusi yang dimenangi komponen Harapan Perak.
Antara nama yang disebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri ialah Adun Buntong, A Sivasubramaniam; Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How; Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing; Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; Adun Pantai Remis, Wong May Ing dan beberapa lagi Adun lain.
Sinar Harian
Sat May 19 2018
![Angkat sumpah Exco Perak petang ini Angkat sumpah Exco Perak petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526689176_excoperak.jpg)
Antara nama yang disebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri ialah Abdul Yunus (kiri) dan Howard Lee.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720072420_PangSockTao.jpg)
Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu
Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.
![BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
![25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin 25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665420994_TBMUHYIDDINPOLITIK.jpg)
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
![Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714980704_TuankuMuhrizjpg.jpg)
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
![Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714972533_SultanPahang.jpg)
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
![ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714643999_tbADUNSungaiBakap.jpg)
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
![Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713104092_TBaidilfitri.jpg)
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
![Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709982998_konvensyenPnperik.jpg)
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
![ADUN Jepak meninggal dunia ADUN Jepak meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694776041_TBBelasungkawa.jpg)
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
![40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN 40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693281111_angkatSumpah.jpg)
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.