Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) kini mara selangkah lagi dalam mengukuhkan kedudukannya selaku salah sebuah penggerak ekonomi negara dengan meneroka industri rawatan air hasil kerjasama dengan sebuah syarikat dari Jepun.
Usaha tersebut berjaya direalisasikan apabila Angkasa melalui MyAngkasa Holding Sdn. Bhd (MyAngkasa) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Koperasi Gagasan Ekonomi Nusantara Sabah Berhad (Ko-Nusantara) dan Koei Corporation Limited Japan (Koei) baru-baru ini.
Menerusi perjanjian tersebut, MyAngkasa dan Ko-Nusantara akan bekerjasama dengan Koei bagi memasarkan teknologi rawatan air keluaran Koei untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa terutamanya ASEAN dan negara Asia Barat.
Pengerusi Ko-Nusantara, Datuk Mustafa Jaffar Al-Hafidz berkata, kerjasama dijalinkan itu merupakan salah satu langkah strategik yang akan membuka peluang kepada Angkasa melalui MyAngkasa dan Ko-Nusantara untuk melangkah ke pasaran luar, sekali gus mengharumkan nama koperasi Malaysia.
"Ini satu peluang keemasan yang tidak boleh kita lepaskan kerana Koei adalah syarikat pengeluar teknologi rawatan air antara terbaik di dunia dengan pengalaman lebih 150 tahun, jika kita tidak rebut negara lain akan mengambil pelaung ini.
"Paling penting, menerusi perjanjian ini, MyAngkasa, Ko-Nusantara dan Koei akan memberi hak eksklusif untuk Malaysia memasarkan teknologi rawatan air mudah alih pertama di dunia yang dipasangkan pada lori dua tan dan empat tan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis perjanjian berkenaan, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah; Naib Presidennya, Muthado Bahri; Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyAngkasa, Shaharuddin Mohamad; Timbalan Pengerusi Ko-Nusantara, Ahmad Ramlee Mohd. Abdullah; Naib Presiden Koei, Yoshinobu Ebinuma dan Pengarah Eksekutif Koei, Hirohito Inoue.
Dalam pada itu, Mustafa Jaffar berkata, sebagai permulaan, satu projek perintis pemasangan teknologi rawatan air tersebut akan dibuat di sebuah masjid di Pekan, Pahang, awal tahun depan sebelum diperluaskan kepada kira-kira 380 masjid di seluruh negara.
Astro Awani
Mon Dec 26 2016
![Angkasa terokai rawatan air bersih Angkasa terokai rawatan air bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482740914_Angkasa.jpg)
Mustafa Jaafar Al-Hafidz (kanan sekali), Ahmad Ramlee Mohd. Abdullah, Hirohito Inoue, Yoshinobu Ebinuma, Muthado Bahri dan Shaharuddin Mohamad menandatangani memorandum perjanjian (MoA) di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Sumber gambar Angkasa
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720267254_AbdulFattahAbdulla.jpg)
Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".
![Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715423814_Angkasa.jpg)
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
![Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709825908_ANGKASA.jpg)
Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.
![Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708391132_TBANGKASA.jpg)
Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.
![Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681297198_TBBONUS.jpg)
Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.
![Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah' Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659851773_Koperasi.jpg)
Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.
![Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654067191_menyusunayamuntuk.jpg)
Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.
![Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650928585_ANGKASA.jpg)
Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.
![Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649814717_TanSriNohOmar.jpg)
Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.
![Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646174167_DatukAbdullahJusoh.jpg)
Abdullah Jusoh dilantik CEO baharu Angkasa
Pelantikan ini dibuat oleh Lembaga Angkasa selepas Abdullah menunjukkan prestasi dan kebolehan yang amat baik sepanjang berkhidmat di Angkasa sejak tahun 1988.