Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan kononnya Bumi akan bergelap selama 15 hari bermula 15 Nov ini, seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika itu.
Semakan daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau 'Conjunction' adalah normal.
"Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Okt ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun lalu, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi," menurut kenyataan itu.
Satu artikel palsu kononnya pihak NASA mengesahkan Bumi akan bergelap mulai 15 hingga 30 Nov ini akibat planet Musytari dan Zuhrah akan kelihatan sangat hampir atau hampir selari, hanya terpisah sejauh sudut satu darjah sahaja di langit, telah tersebar luas.
Artikel palsu itu juga mendakwa Ketua Pentadbiran NASA Charles Bolden memberi penjelasan dalam dokumen sepanjang 1,000 muka surat kepada White House mengenai kejadian yang hanya berlaku sekali dalam satu juta tahun ini yang juga dikenali sebagai "November Black Out".
Bernama
Thu Oct 08 2015

Angkasa berkata perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan. - Foto EPA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids bermula lewat malam ini
Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids akan dapat disaksikan di ruang angkasa negara pada lewat malam ini sehingga awal pagi esok (14 Ogos).

Kemuncak juraian meteor Perseids dapat disaksikan lewat malam ini
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam ini hingga awal pagi Jumaat.

Tiangong-1 telah jatuh ke bumi - ANGKASA
Dr Noordin Ahmad berkata keseluruhan komponen dan struktur binaannya telah hancur dan hangus terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi.

Tiangong-1 diramal lintasi Malaysia awal pagi
Stesen angkasa Tiangong-1 milik China yang sedang jatuh ke bumi diramalkan melintasi Malaysia selama 81 saat mulai 3.19 pagi (30 Mac).

Kenapa anda perlu saksikan fenomena gerhana bulan penuh?
Pada 2015, penduduk Malaysia telah berkesempatan untuk menyaksikan fenomena yang menggamit perhatian semua iaitu fenomena Gerhana Bulan Penuh yang berlaku pada tahun 2015. Anda terlepas peluang ini?

Stesen angkasa China bakal terhempas di KL? Ini penjelasan ANGKASA
Kebarangkalian Stesen Angkasa China Tiangong-1 bakal terhempas di bumi Malaysia amat membimbangkan apabila Kuala Lumpur menjadi antara lokasi yang terjejas.

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat di Malaysia pagi esok
Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian daripada fasa Gerhana Bulan Penumbra, pagi esok (11 Feb).

Supermoon tarik perhatian ramai
Ahli astronomi menyifatkan bulan akan berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun dan fenomena ini dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

Peluang rakyat Malaysia lihat planet Zuhal pada Jumaat ini
Orang ramai berpeluang melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal melalui teleskop, binokular dan mata kasar di langit Malaysia.

Asteroid 'Spooky' lintasi bumi malam ini
Malam esok, sebuah asteroid 'Spooky' bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangka melintasi berhampiran Bumi pada jarak 1.3 kali jarak Bumi ke Bulan.