AYER KEROH:Seorang suri rumah berusia 49 tahun berputih mata selepas wang simpanan dan pusaka peninggalan keluarganya berjumlah lebih RM2 juta, lesap akibat ditipu sindiket Macau Scam .
Mangsa sebelum ini dikatakan menerima panggilan telefon memaklumkan dia terlibat dalam aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram oleh seorang individu yang menyamar pegawai polis bergelar ‘Datuk’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa yang ketakutan kemudian telah menyerahkan butiran akaun bank kepada suspek sebelum menyedari terdapat 164 kali transaksi pindahan wang kepada 16 akaun bank berbeza melibatkan jumlah RM 2,082,736.91 dari akaun miliknya.
“Mangsa mula dihubungi pada 10 Januari lalu mengatakan dia terlibat dengan kegiatan jenayah selain suspek turut menunjukkan waran tangkap dan surat pembekuan aset menerusi aplikasi WhatsApp.
“Wanita berkenaan kemudian panik dan bertindak menyerahkan nombor kata laluan sekali guna (OTP) enam digit kepada suspek. Dia bagaimanapun berasa curiga dan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank sebelum dimaklumkan terdapat 164 transaksi melalui kaedah ‘DuitNow’ dalam aplikasi perbankan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa terpedaya menyerahkan butiran akaun apabila suspek mengarahkannya berbuat demikian kononnya untuk tujuan siasatan.
Katanya, suri rumah itu mengakui wang berkenaan merupakan duit simpanannya serta peninggalan keluarga.
“Hasil semakan pihak polis mendapati nombor telefon yang digunakan suspek terlibat dengan 13 laporan polis yang lain menggunakan modus operandi yang sama.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai boleh membuat semakan melalui laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi ‘Check Scammers CCID di aplikasi Playstore bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jan 25 2021

Mangsa terpedaya menyerahkan butiran akaun apabila suspek mengarahkannya berbuat demikian kononnya untuk tujuan siasatan.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.