Seorang anggota polis maut manakala isteri dan dua anaknya parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori sehingga menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai.
Mangsa, Khairul Izat Romli, 34, dari Kampung Pantai Jamai, Langgar meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
Kejadian kira-kira jam 4.35 petang Rabu itu berlaku di hadapan surau Jalan Kampung Teluk Binasa, Gunung Keriang, apabila mangsa dikatakan bertembung selepas kereta dipandunya gagal memotong kenderaan di hadapan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta Proton Wira yang dipandu mangsa terbabas ke dalam sungai berhampiran.
Mangsa yang memandu kereta itu dipercayai tersepit di tempat duduk pemandu dan anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan pemotong besi.
Katanya, sebelum itu isteri dan anak-anak mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba.
Pemandu kereta tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang tiba di lokasi.
Mohamadul Ehsan berkata, isteri mangsa dipercayai mengalami kecederaan di kepala manakala dua anak mangsa mengalami kecederaan di kaki.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala isteri dan anak mangsa yang mengalami kecederaan di hantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat bagaimana punca kemalangan berlaku.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 25 2019
![Anggota polis maut, kereta dinaiki bertembung lori Anggota polis maut, kereta dinaiki bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/61569420466_KONSTABLEMAUT.jpg)
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu. - Foto Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733197210_kemalangan.jpg)
Polis bantuan maut terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan 9 lembu
Seorang anggota polis bantuan maut apabila kereta dipandu terlanggar pacuan empat roda terlibat kemalangan dengan sembilan ekor lembu di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
![Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718984667_Koperalpolismautv.jpg)
Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang di Lahad Datu
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut apabila van polis yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Felda Sahabat 16.
![Serangan balai polis Ulu Tiram: Saya tak faham, saya tiada senjata - Ahli keluarga suspek Serangan balai polis Ulu Tiram: Saya tak faham, saya tiada senjata - Ahli keluarga suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718777160_RadinImranRadinMo.jpg)
Serangan balai polis Ulu Tiram: "Saya tak faham, saya tiada senjata" - Ahli keluarga suspek
Tertuduh pertama Radin Imran Radin Mohd Yasin mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya apabila dia didakwa menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).
![Anggota polis maut dipercayai dipukul Anggota polis maut dipercayai dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702454555_HusseinOmarKhan.jpg)
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
![Jururawat, anggota polis maut motosikal bertembung di Jalan Sardon Jururawat, anggota polis maut motosikal bertembung di Jalan Sardon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676287544_kemalanganmautJal.jpg)
Jururawat, anggota polis maut motosikal bertembung di Jalan Sardon
Seorang anggota polis dan jururawat meninggal dunia dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tun Sardon , Pulau Pinang.
![Polis Kedah buru saki baki suspek kejadian berbalas tembakan di Gurun Polis Kedah buru saki baki suspek kejadian berbalas tembakan di Gurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670837005_PolisKedah.jpg)
Polis Kedah buru saki baki suspek kejadian berbalas tembakan di Gurun
Polis Kedah sedang melakukan operasi memburu saki baki suspek dalam kejadian tembak menembak di Jalan Jeniang-Kalai, dekat Gurun.
![Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663131167_kenderaanremuk.jpg)
Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh
Nahas melibatkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah lori kontena jenis Hino membawa muatan air kotak, dua treler masing-masing sepanjang 12 meter membawa muatan besi dan kayu palet.
![Anggota polis maut kemalangan dalam perjalanan hantar keluarga balik kampung Anggota polis maut kemalangan dalam perjalanan hantar keluarga balik kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651384843_TBKEMALANGANKERETA.jpg)
Anggota polis maut kemalangan dalam perjalanan hantar keluarga balik kampung
Koperal Ahmad Ibrahim ambil cuti dua hari hantar keluarga balik kampung sambut raya sebelum kembali semula ke Klang untuk bertugas.
![Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649487910_kemalanganshahalam.jpg)
Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE
Mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
![Anggota polis maut dilanggar bas Anggota polis maut dilanggar bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634702701_BPPOLISMAUT.jpg)
Anggota polis maut dilanggar bas
Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal lain di hadapan.