Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada 5.10 pagi itu, Muhammad Aslam Ahmad, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sebelum kejadian, pada 4. 30 pagi mangsa telah hadir ke bilik pengawal dan mengarahkan dua anggota yang bertugas untuk membawa kelengkapan beserta senjata ke bilik rehat untuk diperiksa.
"Mangsa telah memaklumkan kepada dua anggota berkenaan bahawa dia berasa sejuk dan mahu berehat di dalam bilik tersebut. Ketika dua anggota berkenaan beredar semula ke pos pengawal, mereka telah terdengar bunyi letupan tembakan.
"Kedua-dua anggota bergegas kembali ke bilik rehat dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala. Mereka telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak penyelia sebelum menghubungi polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Adzli berkata siasatan awal mendapati mangsa, yang masih bujang dan mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2008 dan telah melapor diri ke PLPGA pada April 2009, tidak mempunyai sebarang masalah displin atau kewangan.
"Pasukan forensik telah hadir ke tempat kejadian dan mendapati terdapat satu kesan tembakan di bahagian kepala antara kening kiri dan kanan mangsa.
"Proses bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anggota PGA maut akibat strok haba
Anggota PGA yang mengikuti kursus asas pasukan itu di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta maut akibat strok haba.

Dua anggota PGA maut kemalangan di Kota Bharu
Kejadian berlaku pada pukul 4.25 pagi dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Anggota PGA didakwa minta, terima rasuah di Sandakan
Tertuduh didakwa meminta dan menerima rasuah berkaitan urusan pengeluaran kad pengenalan kira-kira enam tahun lepas.

Anggota PGA berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan
Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam, Miri pada Jumaat.

Isu berkaitan sempadan negara semakin parah, perlu ditangani dengan tuntas
Kelemahan pengurusan sempadan yang berlaku sekian lamanya telah menjadi isu yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negara, malah juga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Sarjan Norihan ingat kejadian tembakan - Ketua Polis P. Pinang
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding semalam dan lebih banyak bercakap hari ini.

Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan Tari jalani pembedahan keluarkan peluru di HPP
Norihan mula dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 1.30 tengah hari Khamis.

Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Anggota PGA ditembak: Mendiang Koperal Baharuddin rajin, berani - Rakan baik
Baharuddin yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak, awal pagi Selasa.