MIRI: Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam di sini, pada Jumaat.
Lelaki berpangkat koperal yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu ditemui tidak bernyawa di dalam pikap yang dipandunya.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 8.30 malam, dengan laporan adalah berkaitan sebuah pikap terbabas, sebelum melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian.
“Sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bergegas ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mempunyai kesan tembakan.
"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada mangsa ditembak atau sebaliknya.
Kata Hakemal lagi, individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Mohd Firdaus Hanafiah Zulkifley di talian 085-433730.
Orang ramai tegasnya, dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial atau membuat sebarang spekulasi liar berkenaan kes ini.
Mohd Nazrin Hamdan
Fri Mar 18 2022
Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan polis
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Agenda AWANI Asia: Usaha ke arah kedamaian dan pembangunan dunia
Sejauh mana kepentingan memelihara kedamaian dan memacu pembangunan perlu dikekalkan kalangan negara-negara di dunia? Ikuti diskusi dan analisis mengenai cabaran ke arah kedamaian dan pembangunan dunia dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada sistem air di dunia dapat tangani kebakaran Los Angeles - Pakar
Dalam usaha pihak berkuasa berusaha menilai kerosakan dan mencari punca kebakaran, persoalan timbul adakah tahap kemusnahan itu boleh dikurangkan atau ia adalah normal baharu dalam era bencana berkaitan perubahan iklim.
Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi dilaporkan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang ibu muda bersama bayi perempuannya yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah di Felda Sungai Kelamah di sini, awal pagi semalam.
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.
Kerjasama pintar, hubungan baik dengan media penting - KSN
Kerjasama pintar serta hubungan baik antara perkhidmatan awam dengan pengamal media penting dalam usaha memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat.
4,500 kes amputasi di Gaza - Pegawai kesihatan
4,500 kes amputasi direkodkan akibat serangan udara dan darat berterusan oleh Israel ke atas Gaza, sehingga akhir 2024.
[TERKINI] Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
Satu kes baharu jangkitan Mpox dilaporkan pada 10 Januari 2025, menjadikan jumlah keseluruhan kes Mpox sebanyak 12 kes sejak Julai 2023.
Anggota PGA maut akibat strok haba
Anggota PGA yang mengikuti kursus asas pasukan itu di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta maut akibat strok haba.
Dua anggota PGA maut kemalangan di Kota Bharu
Kejadian berlaku pada pukul 4.25 pagi dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Anggota PGA didakwa minta, terima rasuah di Sandakan
Tertuduh didakwa meminta dan menerima rasuah berkaitan urusan pengeluaran kad pengenalan kira-kira enam tahun lepas.
Anggota PGA berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan
Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam, Miri pada Jumaat.
Isu berkaitan sempadan negara semakin parah, perlu ditangani dengan tuntas
Kelemahan pengurusan sempadan yang berlaku sekian lamanya telah menjadi isu yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negara, malah juga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Sarjan Norihan ingat kejadian tembakan - Ketua Polis P. Pinang
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding semalam dan lebih banyak bercakap hari ini.
Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan Tari jalani pembedahan keluarkan peluru di HPP
Norihan mula dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 1.30 tengah hari Khamis.
Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anggota PGA ditembak: Mendiang Koperal Baharuddin rajin, berani - Rakan baik
Baharuddin yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak, awal pagi Selasa.