Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Majlis disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kwan.
Selesai majlis Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang pertama di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Sementara itu, SPRM mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sarawak yang melakar sejarah sebagai kerajaan negeri pertama menandatangani IBR yang diperkenalkan suruhanjaya itu.
Inisiatif ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memastikan pentadbirannya dilaksana dengan lebih telus serta bebas daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa, kata SPRM dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini susulan majlis tersebut.
SPRM berkata IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.
SPRM berharap inisiatif itu dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya dan kerajaan Sarawak dalam usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2017
Abang Johari (kiri) hari ini mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan tandatangani ikrar bebas rasuah. - Foto Bernama
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Kerajaan negeri kini beri penekanan kepada mencari jalan memanfaatkan kekuatan, terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Pengambilalihan MASwings dimuktamadkan tidak lama lagi - Abang Jo
Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Sayap belia PBB boleh jadi calon pilihan raya jika tepati syarat - Abang Johari
Syaratnya, calon itu hendaklah mempunyai kebolehan dan diterima oleh semua pihak terutama sekali pengundi.
Gandingan PM, Abang Jo bukti keserasian dan hormat-menghormati - Alexander
Ahli Parlimen Kapit itu juga menyifatkan gandingan Anwar dan Abang Jo sebagai Segulai Sejalai.
PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.
Sarawak minta kuasa daripada Persekutuan untuk lantik jemaah PPN, PPK - Abang Johari
Kerajaan Sarawak meminta supaya kerajaan Persekutuan mengembalikan kuasa bagi pelantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Persatuan Peladang Negeri (PPN) dan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.
Pokok sagu penting untuk kelestarian alam sekitar - Abang Johari
Pokok sagu memainkan peranan penting dalam kelestarian alam sekitar dan sesuai untuk memulihkan tanah gambut yang degradasi.
Kerajaan Sarawak rancang penubuhan kolej teknikal Islam - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan kolej teknikal Islam bagi memberi peluang kepada anak-anak Islam di negeri itu melanjutkan pelajaran.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.