KUALA LUMPUR: Anggota kabinet dinasihati untuk tidak bersikap sombong termasuk sewenang-wenang dan semberono membuat tuduhan terhadap penjawat awam.
Mesej itu ditegaskan Presiden Muafakat Nasional (MN) Malaysia, Tan Sri Annuar Musa susulan beberapa insiden yang disifatkan beliau sebagai perkara yang tidak harus berlaku selain telah menjejaskan kewibawaan kerajaan.
"Tatakelakuan penjawat awam ada proses dan peraturan yang tertentu dan elakkan tindakan mengaibkan pegawai dengan tuduhan tanpa siasatan menurut peraturan.
"Para menteri harus sedar bahawa kemajuan negara tidak semata-mata terletak kepada jemaah menteri tetapi juga pegawai awam yang bertungkus lumus melaksanakan segala dasar kerajaan.
"Istilah Madani menjadi tidak bermakna jika pentadbiran berunsurkan kesombongan, gila kuasa serta tindakan orang politik yang dilihat seolah-olah tidak ada 'wisdom' dan tidak bersifat 'sivil'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas perkara tersebut dengan merujuk kepada dua insiden yang berkait anggota kabinet di mana pertama amaran dikeluarkan menteri ketika siaran langsung di media sosial yang mengugut menghantar kereta peronda polis ke rumah netizen yang membuat komentar tidak baik ketika siaran tersebut.
Kejadian kedua pula merujuk kepada perbalahan antara seorang menteri dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mengulas lanjut, Annuar berkata dari sudut etika, amat tidak kena bagi seorang menteri untuk melayan penjawat awam sedemikian rupa.
"Apalagi jika pegawai itu bukan di bawah portfolio kementeriannya.
"Sekiranya ada perkara yang mengakibatkan rasa tidak puas hati menteri tersebut, dia seharusnya merujuk rakan sejawat yang bertanggungjawab dalam portfolio tersebut terlebih dahulu.
"Lazimnya perkara seperti ini dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri," ujar beliau.
Menurut Annuar, tindakan tersebut adalah salah dari segi dekorum bagi seorang menteri untuk berbalah dengan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
Tindakan seperti ini, katanya, memperlihatkan sikap sombong dan angkuh menteri terbabit sekali gus memberi imej tidak baik kepada Jemaah Menteri dan kerajaan.
Astro Awani
Tue Jul 04 2023

Menurut Annuar, istilah Madani menjadi tidak bermakna jika pentadbiran berunsurkan kesombongan, gila kuasa serta tindakan orang politik yang dilihat seolah-olah tidak ada 'wisdom' dan tidak bersifat 'sivil'. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.