Kesemua 10 negara anggota ASEAN secara kolektif menyatakan kesediaan mereka untuk menangani ancaman daripada kumpulan militan IS, termasuk berkongsi maklumat risik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata perkongsian maklumat risik merupakan perkara penting dan ia melibatkan insiden yang mungkin berlaku setiap minggu.
Katanya kerjasama seperti itu penting bagi mengetahui punca pengeboman di Bangkok, siapa yang terlibat dan bagaimana ia mungkin boleh menular ke negara lain di rantau ini.
"Tumpuan turut diberi kepada IS dan bagaimana warga negara kita sendiri di tiap-tiap negara di Asean buat perjalanan ke Iraq atau Syria.
"Lebih penting lagi apa akan berlaku apabila mereka kembali ke rantau kita, tidak semestinya negara asal tetapi mungkin kembali ke kawasan yang boleh menerima militan di rangkaian tertentu di rantau ini," katanya.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN (10+1) yang bertujuan mempertingkatkan hubungan strategik dan kerjasama pragmatik antara China dan ASEAN, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan China Chang Wanquan.
Hishammuddin berkata 10 menteri pertahanan ASEAN sedar bahawa kumpulan militan bukan ancaman keselamatan yang mudah di bawah tanggungjawab polis, sebaliknya merupakan ancaman pertahanan negara yang memerlukan penglibatan secara kolektif.
Beliau berkata perkara itu yang dibincang di peringkat ASEAN turut dikongsi dengan China dan negara tembok besar itu menyatakan pendiriannya untuk turut bersama 10 negara ASEAN menangani keganasan.
Katanya pertikaian wilayah dan maritim khususnya di Laut Cina Selatan turut dibangkitkan dan negara ASEAN bersetuju mencari penyelesaian secara bijaksana.
Dalam konteks Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), Hishammuddin mengingatkan semua pihak bahawa tugas menteri pertahanan adalah memastikan tidak ada situasi di tahap meledak atau insiden tidak disengajakan, berlaku antara pengawal keselamatan, tentera laut dan udara.
"Ini semua tugas menteri pertahanan ASEAN supaya insiden tidak berlaku sampai tidak dapat dibendung. Saya tengok ini dapat diterima baik oleh semua pihak dalam menunggu penyelesaian melalui saluran diplomasi," katanya.
Hishammuddin, yang juga Pengerusi ADMM, berkata layanan China kepada 10 negara anggota ASEAN itu membuktikan entiti secara kolektif dihormati dan tidak ada kepentingan geopolitik menjejaskan kepentingan, kedaulatan serta maruah.
Selain China, katanya, 10 negara anggota ASEAN turut mendapat perhatian apabila menerima surat jemputan daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ash Carter untuk menghadiri mesyuarat.
Mengenai kapal Tentera Laut China yang sering memasuki perairan Sarawak, Hishammuddin berkata aktiviti mereka sentiasa di bawah pemantauan pihak berkuasa Malaysia.
"Jangan ingat Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia tidak tahu. Tetapi hubungan erat Malaysia dengan China, kita boleh cari jalan penyelesaian secara bersemuka," katanya.
Bernama
Fri Oct 16 2015
![Anggota Asean sedia kongsi maklumat risik tangani keganasan militan - Hishammuddin Anggota Asean sedia kongsi maklumat risik tangani keganasan militan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442165445_HishammuddinHussein.jpg)
Hishammuddin berkata perkongsian maklumat risik merupakan perkara penting dan ia melibatkan insiden yang mungkin berlaku setiap minggu. -Gambar fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666448440_DatukSeriHishammud.jpg)
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
![COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633420122_HishammuddinTun.jpg)
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
![al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624259516_Hishammuddin.jpg)
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
![Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615205679_HishammuddinHussein.jpg)
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
![Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491998771_HishammuddinTunHus.jpg)
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
![Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41482385370_HishammuddinHussein.jpg)
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
![Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478837391_DSHishammuddin.jpg)
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
![Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61476938593_950x600.jpg)
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
!['Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin 'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71439640664_HishammuddinHussein.jpg)
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
![Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455346006_Hishammuddin.jpg)
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.