Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka kini perlu mempunyai keupayaan memberikan penyelesaian alternatif yang lebih baik, kreatif dan kritis berbanding sistem atau amalan sedia ada.
"Kakitangan juga harus berupaya memberikan dimensi global dan nilai tambah dalam tugas yang diamanahkan.
"Mereka juga melibatkan diri dalam ikhtiar sosial ke arah memantapkan masyarakat seperti kerja-kerja kesukarelaan dan memahami fungsi serta perjalanan seistem kementerian yang melangkaui bidang tugas serta jabatan sendiri," katanya.
Hishammuddin berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang 2016 Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Pada majlis sama, Hishammuddin turut mengumumkan penajaan pengajian kepada dua penuntut Sarjana dan dua lagi penuntut Doktor Falsafah bagi tahun ini dari warga awam dan tentera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jelas Hishammuddin, penilaian kepada kakitangan juga harus dibuat secara adil untuk mengelakkan kesilapan sekali gus penganiayaan kepada individu terbabit.
"Sama ada kita sedar atau tidak, penilaian adil kepada kakitangan boleh berlaku dalam beberapa keadaan, misalnya penilaian dalam keadaan marah atau memberi penilaian rendah kerana tidak berpuas hati dengan sikap kakitangan yang mengambil pendirian berbeza.
"Jika ia berlaku, ia adalah tidak adil dan impaknya amat besar serta buruk. Ia akan mematikan motivasi serta semangat kakitangan dan menunjukkan kerendahan tahap keterbukaan dan profesionalisme sebagai ketua," ujarnya.
Dalam pada itu, kata Hishammuddin, pengurusan harus sentiasa mengkaji serta memastikan setiap kursus atau program pengembangan adalah yang terbaik dan berkesan untuk organisasi.
"Saban tahun kita memperuntukkan jumlah dana yang besar untuk tujuan latihan dan pembinaan kapasiti kakitangan namun kebanyakan kursus sedia ada bercorak 'tangkap muat' termasuk pemilihan peserta.
"Jika kita mahu meningkatkan prestasi, setiap program perlu benar-benar mencabar, berkualiti, berkesan dan memberi nilai serta makna," jelasnya.
Hishammuddin turut meminta kakitangan sentiasa memberikan cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
"Seperkara yang boleh saya jamin, pentadbiran saya mengamalkan demokrasi dan keterbukaan yang seluas-luasnya sekiranya ada sebarang idea yang menarik.
"Kita juga tidak teragak agak untuk mempertimbangkannya dan jika baik akan dilaksanakan. Sekalipun ia idea daripada pegawai peringkat bawahan, jangan khuatir untuk ke hadapan dan kita fikirkan bersama cara terbaik untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Mar 24 2016

HISHAMMUDDIN: Kakitangan juga harus berupaya memberikan dimensi global dan nilai tambah dalam tugas yang diamanahkan. -Gambar fail

Wanita maut selepas hantar anak ke sekolah, motosikal bertembung kereta dipandu guru
Wanita maut selepas hantar anak ke sekolah, motosikal bertembung kereta dipandu guru

3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang Aidilfitri ini
Daripada jumlah itu, 2.24 juta kenderaan diramalkan daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Jepun kerah tentera bantu padam kebakaran hutan
Pasukan Pertahanan Darat Jepun menyertai operasi pemadaman kebakaran hutan di wilayah barat Okayama dan Ehime, dengan hampir 2,700 penduduk tempatan diarahkan berpindah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
ASEAN 2025 | 24 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pasaran prostetik Rusia catat penerimaan positif
Pasaran prostetik dari Rusia yang memasuki Malaysia sejak setahun lalu dilaporkan mencatatkan penerimaan positif di negara ini.
Sinergi untuk Keterhubungan Serantau
Penjajaran antara BRI dan Pelan Induk Ketersambungan ASEAN 2025 telah meningkatkan keterhubungan serta membawa manfaat nyata kepada komuniti tempatan.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN kini dibuka
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan memaklumkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan.
Kerajaan Kemboja bantu 93,583 hektar sawah terjejas
Kementerian Sumber Air dan Meteorologi Phnom Penh memaklumkan hampir 93,583 hektar sawah padi yang terjejas akibat kemarau di 17 wilayah dan ibu negara telah diairi dengan air sejak Disember tahun lalu.

1,482 kanak-kanak mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli
Sebanyak 1,482 kanak-kanak telah mendaftar di 71 buah sekolah Orang Asli setakat 17 Feb tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Pelabur asing catat jualan bersih 22 minggu berturut-turut
Menurut MIDF Research, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM609.7 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (RM167.9 juta) dan produk & perkhidmatan pengguna (RM148.4 juta).

Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.