Penjawat awam yang berkhidmat di sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan antara berisiko tinggi mengalami stres disebabkan tekanan kerja.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, bebanan kerja serta masalah peribadi antara punca yang menyumbang kepada tekanan tersebut.
Menurut Azih, pihaknya memandang serius perkara itu kerana bimbang stres boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya mereka tidak dapat memberikan produktiviti yang baik.
“Kerja syif antaranya mungkin (salah satu sebab). Apabila bertambah pesakit di dalam ni, dia tak boleh balik. Baru nak balik, pesakit masuk, dan dia kena tunggu lagi.
“Kemudian dia stres dekat rumah, (contohnya) suami dia marah dan tanya sebab apa tak balik-balik lagi, adakah betul bekerja. Benda (perkara) yang seumpana ini tidak ada dalam buku, lalu akhirnya dia stres dan murung,” ujar beliau.
Azih berkata, kira-kira 25 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini mengalami tekanan kerja.
Justeru Cuepacs juga mencadangkan agar pendidikan awal psikologi turut ditekankan kepada semua peringkat penjawat awam.
Astro Awani
Mon Jun 03 2019

Mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan berdepan dengan risiko stres yang tinggi. - Gambar hiasan
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Malaysia perlu lebih 40,000 pembantu perubatan menjelang 2025
Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut.

Beban kerja, tekanan punca pekerja ambil dadah?
Stres atau tekanan akibat bebanan kerja mendorong segelintir pekerja mengambil dadah terutamanya jenis stimulan atau perangsang.

Rombak semula tempoh masa kerja doktor - Lam Thye
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengkaji semula sistem pengurusan sedia ada khususnya membabitkan tempoh masa penugasan doktor-doktor di institusi-institusi perubatan di Malaysia.

COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC
Sebagai permulaan, Pusat Panggilan akan dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai beban kes tinggi.

Anda bekerja di sektor kesihatan, pendidikan, keselamatan? Anda berisiko jadi murung
Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, bebanan kerja serta masalah peribadi antara punca yang menyumbang kepada tekanan tersebut.