KUALA LUMPUR: Ancaman keselamatan siber boleh mengatasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data dengan pantas apabila ekonomi beralih kepada model digital dan secara dalam talian, kata Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp), Fabian Bigar.
Beliau berkata untuk bertindak balas, kerajaan dan organisasi perlu berusaha menjadi proaktif dalam mencipta dan menyesuaikan dengan sistem bagi menghadapi ancaman siber ini.
"Kerugian monetari langsung global akibat jenayah siber pada 2020 dianggarkan meningkat hampir sekali ganda kepada AS$945 juta (AS$1=RM4.22) daripada AS$522 juta pada 2018.
"Kerugian ekonomi keseluruhan akibat jenayah siber termasuk sistem langsung, tidak langsung dan huluan pada 2020 dianggarkan US$4 trilion, kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global," katanya semasa menyampaikan ucaptama perasmian webinar 'Keselamatan Siber dan Kepercayaan' pada Khamis.
Webinar itu dianjurkan bersama Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Huawei.
Beliau berkata perbelanjaan melibatkan keselamatan siber pada 2020 dijangkakan melebihi US$145 bilion, bersama dengan kira-kira 1.3 peratus daripada KDNK global.
Pada 2017, jenayah siber merugikan Afrika dengan nilai kerugian tidak langsung kira-kira US$3.5 bilion, katanya.
"Anggaran ini tidak termasuk kerugian tidak langsung yang dialami mangsa seperti kos peluang, masa henti, kerugian kecekapan, memperkecil-kecil jenama, kerugian kepercayaan, pelanggaran harta intelek dan moral pekerja terjejas.
"Ia juga tidak termasuk kos sistemik seperti impak rantaian bekalan ke atas pembeli huluan dan pelanggan hiliran," katanya.
Bigar berkata selain Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) yang masa ini tidak meliputi data yang dikumpulkan kerajaan, Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang privasi data yang lain.
"Dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, (bagaimanapun) kerajaan merancang untuk menyemak APDP," katanya.
Beliau berkata beberapa negara di dunia telah mempunyai undang-undang privasi yang turut merangkumi data kerajaan seperti Akta Perlindungan dan Maklumat Peribadi Afrika Selatan, Rang Undang-undang Perlindungan Data Peribadi India 2019 serta Akta Privasi New Zealand 2020.
Sementara itu, memetik kajian yang dijalankan oleh pasukan Fletcher School Digital Planet dari Amerika Syarikat, beliau berkata 'kepercayaan' ditakrifkan sebagai peningkatan kepercayaan dan keyakinan yang akan mendorong pengguna membuat pilihan untuk berinteraksi, melakukan transaksi dan berbelanja dalam talian.
"Kehilangan kepercayaan digital mencerminkan ramai orang bimbang mengenai peranan teknologi dalam kehidupan mereka pada masa ini.
"Ini relevan terutama ketika berjuta-juta orang di seluruh dunia sedang beralih kepada pembelajaran dalam talian, teleperubatan, kerja jarak jauh atau e-dagang sebagai langkah tindak balas terhadap sekatan yang disebabkan oleh pandemik," katanya.
Fabian berkata negara yang merekodkan momentum digital yang tinggi cenderung untuk mempunyai persekitaran digital yang kurang selamat dan pengguna sering bimbang mengenai privasi.
"Ini bermakna apabila negara-negara menyemak momentum digital mereka, sangat penting terutama bagi pemimpin kerajaan serta peneraju perniagaan untuk mengambil langkah dalam menangani isu privasi dan keselamatan yang mungkin menjejaskan pengguna.
"Bagaimanapun, tanggungjawab itu bukan sahaja dipikul oleh pihak pengawal selia malah industri untuk menentukan keselamatan bagi memupuk kepercayaan dalam ekosistem digital kolektif kita." katanya.
Beliau menjelaskan memandangkan sebahagian besar kandungan digital dijana oleh pengguna, banyak keselamatan dan privasi data dicetuskan daripada bagaimana individu berkenaan terlibat dengan sistem ini.
Beliau yakin kesedaran awam dan pendidikan merupakan unsur penting bagi keselamatan siber yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran mengenai risiko siber serta salah guna maklumat dalam kalangan pengguna.
"Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya ekonomi digital yang berkembang pesat sebagai strategi utama untuk memulihkan ekonomi, dengan tujuan menarik lebih banyak pelaburan dalam pendigitalan.
"Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menetapkan hala tuju untuk mencapai pendigitalan Malaysia secara inklusif dan kita semua mesti memainkan peranan dalam memastikan kejayaan memperoleh kepercayaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![Ancaman siber boleh atasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data Ancaman siber boleh atasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631007100_CyberAttack.jpg)
Kerajaan dan organisasi perlu berusaha menjadi proaktif dalam mencipta dan menyesuaikan dengan sistem bagi menghadapi ancaman siber ini. - Gambar hiasan/REUTERS
![EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720397299_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
![Lapangan terbang di California terbakar Lapangan terbang di California terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720397239_waterdropping.jpg)
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
![PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720396505_GabrielAttal.jpg)
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Penunjuk perasaan Israel protes di kediaman Netanyahu
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Baitulmaqdis berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menuntut perjanjian pembebasan tebusan di Gaza dan menggesa pilihan raya diadakan, pada Ahad.
![Amaran: Maklumat bernilai anda dicuri dan dijual di darkweb! Amaran: Maklumat bernilai anda dicuri dan dijual di darkweb!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710493492_TBCYBERSECURITYA.jpg)
Amaran: Maklumat bernilai anda dicuri dan dijual di darkweb!
Infostealers terus menjadi ancaman besar kerana peningkatan nilai data yang dicuri di pasaran gelap.
![PADU perlu data komersial, audit berkala - Pakar PADU perlu data komersial, audit berkala - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704266329_TBPADUjpg.jpg)
PADU perlu data komersial, audit berkala - Pakar
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan semalam merupakan satu penambahbaikan dalam memastikan tadbir urus awam yang lebih baik.
![Suruhanjaya Eropah akan kecualikan Huawei, ZTE dari rangkaian 5G Suruhanjaya Eropah akan kecualikan Huawei, ZTE dari rangkaian 5G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616029774_ThierryBreton.jpg)
Suruhanjaya Eropah akan kecualikan Huawei, ZTE dari rangkaian 5G
Suruhanjaya Eropah mengumumkan pada Khamis bahawa ia tidak akan menggunakan perkhidmatan telekomunikasi 5G yang disediakan oleh syarikat China Huawei dan ZTE kerana risiko keselamatan.
![Ancaman siber boleh atasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data Ancaman siber boleh atasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631007100_CyberAttack.jpg)
Ancaman siber boleh atasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data
Kerajaan dan organisasi perlu berusaha menjadi proaktif dalam mencipta dan menyesuaikan dengan sistem bagi menghadapi ancaman siber ini.
![#MyAPEC2020 perlu juarai keselamatan dan privasi data serantau #MyAPEC2020 perlu juarai keselamatan dan privasi data serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578116161_Survey.jpg)
#MyAPEC2020 perlu juarai keselamatan dan privasi data serantau
Walaupun wujud inisiatif dalam kalangan agensi kerajaan mahupun swasta melibatkan privasi dan keselamatan data, namun ia dilihat masih belum menyeluruh.
![Serangan siber meningkat 69 peratus seluruh dunia Serangan siber meningkat 69 peratus seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511940695_CyberAttack.jpg)
Serangan siber meningkat 69 peratus seluruh dunia
Penjenayah siber turut mengunakan teknologi IoT dan peranti Android untuk melancarkan serangan dengan sasaran kini dikhuatiri tertumpu kepada aktiviti pembelian online pada musim hujung tahun.