KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan semalam merupakan satu penambahbaikan dalam memastikan tadbir urus awam yang lebih baik, terutamanya dalam menjamin dasar sosioekonomi dilaksanakan dengan baik melalui orientasi data menyeluruh.
Penganalisis keselamatan dan politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata bagaimanapun, selain data profil individu dan isi rumah, PADU juga boleh diperluas untuk merangkumi data mengenai perniagaan dan premis komersial di negara ini.
"Hal ini bagi memastikan sistem itu juga melaksanakan tugas melihat kepada potensi manipulasi sistem pengagihan kewangan yang disebabkan oleh ketidaksamaan harga barangan di seluruh rantau disebabkan oleh antaranya penyimpanan stok dan orang tengah yang menyebabkan kenaikan harga.
"PADU memerlukan data ini untuk memastikan sistem itu dapat menangani sektor komersial terlibat dalam menyediakan keperluan asas kepada orang ramai termasuk restoran dan produk isi rumah, serta memastikan mereka yang mengendalikan perniagaan berskala kecil dan besar tidak terpinggir daripada sistem berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Noor Nirwandy berkata kerajaan perlu memberitahu orang ramai dalam semua platform, khususnya media sosial, mengenai fungsi PADU untuk menjamin bahawa seluruh lapisan masyarakat dapat menggunakan sistem itu tanpa terlalu banyak gangguan.
Sementara itu, profesor daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia Prof Dr Rusli Abdullah mencadangkan supaya kerajaan menjalankan audit berkala untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem itu.
Beliau berkata langkah ini akan membolehkan sebarang isu ditangani segera, serta memastikan perisian, sistem operasi dan aplikasi sentiasa dikemas kini dengan penyelesaian keselamatan terkini untuk mengurangkan potensi kelemahan dalam memastikan sistem keselamatan yang terbaik.
"Kerajaan perlu merekayasa semula proses tertentu yang tidak relevan dan penting supaya sistem itu menjadi lebih pintar dan dikendalikan secara rasional," katanya yang turut menyarankan prosedur sistem sandaran dan pemulihan serta pelaksanaan sandaran data berkala dan menguji proses pemulihan untuk meminimumkan kesan kehilangan data atau kegagalan sistem yang mungkin berlaku.
PADU ialah pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu, menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan, mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia serta memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
Sistem itu dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi lain.
Pendaftaran dibuka kepada orang ramai bermula semalam hingga 31 Mac dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Selain data profil individu dan isi rumah, PADU juga dilihat boleh diperluas untuk merangkumi data mengenai perniagaan dan premis komersial di negara ini. - Gambar fail/Bernama
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.
Rakyat diseru sahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang - Saarani
Rakyat Perak diminta menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang bagi mengembangkan semangat jati diri dan cintakan negara.
PRK DUN Nenggiri: Mohd Azmawi FIkri calon tepat rampas semula kerusi
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang ditampilkan UMNO-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, berkemampuan untuk merampas kembali DUN berkenaan.
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Di bawah NETR, Malaysia sasar tubuhkan tiga hab CCUS menjelang 2030 dengan kapasiti penyimpanan bersama sehingga 15 juta tan metrik setahun.
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.