Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui masih menerima ancaman keselamatan daripada beberapa pihak berikutan ketegasan pihaknya dalam membanteras ancaman militan Daish di negara ini.
Beliau berkata ancaman terbaharu diterimanya lima hari lepas susulan beberapa ancaman diterima beliau dan beberapa pegawai kanan polis baru-baru ini.
"Saya masih menerima ancaman ini (Daish) namun itulah lumrah sebagai seorang ketua yang menjaga keselamatan negara.
"Saya juga menjangkakan perkara ini dan ia bukanlah perkara yang baharu. Tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan Khas Bukit Aman di sini, hari ini.
Menyentuh penemuan objek dipercayai bom buatan sendiri di dalam kawasan semak berhampiran rel kereta api di Jalan Kolam Air 9, Sentul, di sini pada 13 Julai lalu, Khalid berkata ia tidak mempunyai kaitan dengan Daish.
"Setakat ini, penemuan objek terbabit sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan ia hanyalah merupakan masalah dalaman.
"Bagaimanapun, polis telah menemui beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan," katanya.
Khalid berkata pihaknya akan sentiasa mengambil langkah membuat kawalan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai yang mungkin menjadi sasaran ancaman kumpulan pengganas.
Bernama
Mon Jul 18 2016
![Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468058659_KhalidAbuBakar.jpg)
KHALID: Sudah menjangkakan perkara ini.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![ASEAN dan Amerika Syarikat waspada dengan ancaman Daish - Hishammuddin ASEAN dan Amerika Syarikat waspada dengan ancaman Daish - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455580268_Hishammuddin.jpg)
ASEAN dan Amerika Syarikat waspada dengan ancaman Daish - Hishammuddin
10 menteri pertahanan ASEAN memaklumkan kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter bahawa mereka mengutuk keras kumpulan miltan Daish dan pertubuhan lain yang serupa.
![Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474098786_DatukAbduGhafar.jpg)
Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menafikan terdapat ancaman oleh Daish di negeri ini dan meminta orang ramai supaya bertenang.
![Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445227227_MerdekaDataran.jpg)
Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia
PDRM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dan telah membuat perancangan untuk mencegahnya daripada berlaku.
![Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468058659_KhalidAbuBakar.jpg)
Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru
Ancaman terbaharu diterimanya lima hari lepas susulan beberapa ancaman diterima beliau dan beberapa pegawai kanan polis baru-baru ini.
![Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81454147522_ZonAliranBebas.jpg)
Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan
Polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama erat membanteras aktiviti pengganas serta bertukar maklumat perisikan.