Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memandang ringan ancaman militan Daish yang mungkin melakukan kekacauan pada sambutan Hari Malaysia, 16
September ini.
Beliau berkata PDRM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dan telah membuat perancangan untuk mencegahnya daripada berlaku.
"Kita ada perancangan tersendiri untuk menangani hal ini, tidak perlulah saya ulas perancangan apa yang kami buat bagi sambutan Hari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada petugas ASEANAPOL ke-36, di sini hari ini.
Khalid bersyukur dengan kejayaan polis mematahkan rancangan serangan Daish pada Ambang Merdeka 2016.
Tiga suspek, dua berumur 20 tahun dan seorang lagi 27 tahun, ditahan dalam operasi di ibu negara, Selangor dan Pahang pada 27 dan 29 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Khalid berkata polis telah mengambil keterangan veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju berkaitan satu perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara, 27 Ogos lalu.
Pada 29 Ogos lepas, Ali Tinju dilaporkan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini dan membantah 'kegagalan' polis menahan kumpulan pelajar yang menganjurkan perhimpunan itu.
"Saya mengesahkan dia (Ali Tinju) telah tampil memberikan keterangan di Bukit Aman pada pukul 3 petang tadi.
"Keterangannya diambil untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun," kata Khalid.
Bernama
Fri Sep 02 2016
![Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445227227_MerdekaDataran.jpg)
Pihak polis tidak memandang ringan ancaman militan Daish yang mungkin melakukan kekacauan pada sambutan Hari Malaysia. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![ASEAN dan Amerika Syarikat waspada dengan ancaman Daish - Hishammuddin ASEAN dan Amerika Syarikat waspada dengan ancaman Daish - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455580268_Hishammuddin.jpg)
ASEAN dan Amerika Syarikat waspada dengan ancaman Daish - Hishammuddin
10 menteri pertahanan ASEAN memaklumkan kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter bahawa mereka mengutuk keras kumpulan miltan Daish dan pertubuhan lain yang serupa.
![Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474098786_DatukAbduGhafar.jpg)
Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menafikan terdapat ancaman oleh Daish di negeri ini dan meminta orang ramai supaya bertenang.
![Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445227227_MerdekaDataran.jpg)
Polis waspada ancaman Daish sempena sambutan Hari Malaysia
PDRM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dan telah membuat perancangan untuk mencegahnya daripada berlaku.
![Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468058659_KhalidAbuBakar.jpg)
Ancaman Daish: KPN akui terima ugutan keselamatan terbaru
Ancaman terbaharu diterimanya lima hari lepas susulan beberapa ancaman diterima beliau dan beberapa pegawai kanan polis baru-baru ini.
![Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81454147522_ZonAliranBebas.jpg)
Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan
Polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama erat membanteras aktiviti pengganas serta bertukar maklumat perisikan.