Ancaman ekstremis oleh kumpulan militan Daish khususnya pelampau yang pulang ke negara asal dan individu berfahaman radikal atau lone wolf menjadi agenda pada Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri
Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat yang berakhir di Hawaii.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata 10 menteri pertahanan ASEAN memaklumkan kepada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Ashton Carter bahawa mereka mengutuk keras kumpulan miltan Daish dan pertubuhan lain yang serupa.
Carter, katanya, telah menyatakan bahawa kawasan yang diurus tadbir lemah di Asia Tenggara mungkin menjadi daya penarik untuk pelampau serantau yang kembali dari Iraq dan Syria.
"Kepulangan mereka menggalakkan ketidakstabilan dan mencetuskan rasa curiga dalam negara dan antara negara-negara jiran," kata Hishammuddin dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mereka membincangkan kaedah menangani ancaman tersebut iaitu meningkatkan sistem memintas mesej, keupayaan perkongsian maklumat, pembinaan kapasiti dalam penguatkuasaan undang-undang dan tentera, memperkukuhkan kedaulatan undang-undang serta keselamatan sempadan.
"Saya juga memberi taklimat kepada menteri-menteri mengenai inisiatif oleh polis Malaysia dalam hal ini, khususnya berhubung dengan penubugan pusat memintas mesej serantau," katanya.
Hishammuddin berkata beliau turut menyampaikan pendirian perbadinya mengenai isu Laut China Selatan di mana insiden-insiden yang tidak dijangka dan tidak diingini di perairan atau ruang udara perlu dielak dengan apa cara jua.
Beliau menegaskan bahawa kawasan perairan itu merupakan laluan perkapalan dan perdagangan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara di ASEAN, serantau dan seterusnya dan ia harus bebas, terbuka, selamat serta mudah digunakan untuk kepentingan komersial.
"Kita juga perlu mengelakkan sebarang peningkatan ketenteraan di perairan wilayah Laut China Selatan," katanya.
Katanya beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan usaha mengenai isu-isu berkaitan bantuan kemanusiaan dan bencana di rantau ini.
"Saya juga membangkitkan perkara berhubung dengan Kumpulan Tentera Simpanan ASEAN dengan mengulangi bahawa integrasi antara negara dan antara agensi perlu menumpukan kepada usaha berterusan dalam memberi respons terhadap cabaran-cabaran keselamatan serantau,' katanya.
Mesyuarat tiga-pihak peringkat menteri melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina mengenai isu keselamatan di Lautan Sulu turut diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Amerika Syarikat itu.
Mengenai mesyuarat tiga-pihak itu, Hishammuddin berkata mereka bersetuju untuk mengkaji dan menilai semula kerjasama antara agensi dalaman negara dan juga kerjasama antara ketiga-tiga negara itu. - Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2016

HISHAMMUDDIN: Kita juga perlu mengelakkan sebarang peningkatan ketenteraan di perairan wilayah Laut China Selatan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid

Penduduk Kharkiv kecewa perbincangan Trump-Putin
Sebahagian besar mereka berpendapat hubungan langsung antara kedua-dua presiden itu menunjukkan kepentingan Ukraine bukan keutamaan Trump.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.