KUALA LUMPUR: Apakah mungkin cadangan penutupan semua sekolah buat sementara waktu ketika ini menjadi wahana pragmatik dalam mengekang peningkatan penularan COVID-19 yang kini dilihat semakin membimbangkan di institusi pendidikan?
Ini antara persoalan yang semakin hangat diperkatakan masyarakat khususnya kalangan ibu bapa mahupun golongan akademik susulan daripada situasi semasa yang telah menyaksikan tercetusnya kluster pendidikan melibatkan guru dan pelajar sekolah sehingga menyebabkan beberapa sekolah ditutup.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu laporan media, sebanyak 83 kluster COVID-19 berkaitan sektor pendidikan telah dilaporkan di seluruh negara dari 1 Jan lepas sehingga 20 April melibatkan 4,868 kes.
Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sebanyak 49 kluster atau 59.04 peratus dengan 2,617 kes masih aktif, manakala 34 kluster (40.96 peratus) dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.
Berdasarkan data tersebut yang dilihat berisiko, beberapa pihak termasuklah Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) telah menguarkan cadangan kepada Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup semua sekolah buat sementara waktu.
"Berdasarkan respons yang kami terima, majoriti ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah ketika ini kerana bimbang dijangkiti wabak berkenaan.
"Kebanyakannya, mengharapkan sekolah ditutup," kata Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, apakah penutupan sementara semua sekolah merupakan jalan terbaik?
Apatah lagi, sekiranya penutupan sekolah ini betul-betul dilaksanakan, sudah pastilah kaedah sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menjadi tunjang pilihan utama dalam memastikan proses pembelajaran berterusan.
Keadaan ini sebenarnya agak membimbangkan golongan akademik memandangkan hasil kajian sebelum ini mendapati PdPR telah menyebabkan ramai pelajar tercicir dalam pembelajaran.
Mengulas isu penutupan sekolah ini, Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din menyifatkan cadangan tersebut bagi membendung jangkitan COVID-19 dalam kalangan guru dan pelajar, bukan satu penyelesaian terbaik buat masa ini.
Beliau berkata cadangan beberapa pihak termasuk PIBGN berhubung perkara itu juga disifatkan terlalu awal memandangkan ia akan mewujudkan pelbagai masalah termasuklah aspek pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar.
''Sebelum ini, ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah adalah disebabkan mempunyai ketakutan dan kebimbangan melampau. Mereka takut sebab kurang maklumat berhubung kes itu sendiri.
"Adakah kes itu serius? Adakah COVID-19 ini akan mengancam nyawa dan mengganggu tumbesaran anak-anak mereka?
''Guru-guru pula untuk hadir ke sekolah atau tidak, bergantung kepada keadaan guru atau jawatan guru itu tersebut,'' katanya.
Mengulas lanjut, Mohamed Fadzil berkata sekiranya penutupan sekolah dibuat dan digantikan dengan kaedah PdPR seperti yang diterapkan sebelum ini, ia dilihat akan mewujudkan keterbatasan dalam sesi pembelajaran pelajar.
''Apabila belajar di rumah, pelajar ini berhadapan ibu bapa yang tiada ilmu atau kemahiran mengajar. Mereka ini terkial-kial dan cuba mengajar yang mana kesannya akan menyebabkan mereka tertekan.
"Kerana itu pengajaran secara bersemuka diutamakan kerana guru-guru yang mengajar adalah terlatih dengan pengalaman mengajar yang luas dan menjadi satu kerugian jika tidak digunakan kelebihan profesionalisme guru itu sepenuhnya," katanya,
Kerana itu, Mohamed Fadzil berpandangan tiada keperluan untuk menutup kesemua sekolah sekiranya jumlah mereka yang berisiko adalah rendah.
''Kalau kita lihat data KKM (Kementerian Kesihatan) dalam setiap 10 kelas hanya ada satu kelas yang tercemar, jadi tidak perlu nak tutup keseluruhan kelas di sekolah berkenaan.
''Kita juga boleh menggunakan pendekatan berkongsi sekolah. Contohnya, sekiranya sekolah A itu terjejas dan perlu ditutup untuk tujuan sanitasi, mungkin kita boleh gunakan sekolah B iaitu sekolah berhampiran untuk menumpangkan pelajar sekolah A, yang mereka ini boleh turut serta belajar,'' katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor berkata peningkatan kes jangkitan COVID-19 dijangka dapat dikurangkan sekiranya jumlah sekolah yang dibuka, dihadkan.
Jelasnya pilihan paling munasabah dalam menghadkan bilangan sekolah adalah dengan menutup sekolah menengah kerana mereka boleh mengikuti PdPR secara lebih berkesan berbanding murid sekolah rendah.
Azlin Norhaini berkata terdapat 7,780 sekolah rendah dan 2,440 sekolah menengah pada masa ini yang membabitkan anggaran 2.7 juta murid rendah dan 2 juta murid menengah.
Sekiranya PdPR dilaksanakan kembali, KPM katanya perlu menggunakan Buku Panduan PdPR 1.0 kerana ia lebih sesuai dengan jadual persekolahan secara dalam talian yang tidak terlalu membebankan guru serta membolehkan pelajar menguasai subjek yang diajar.
"Walaupun telah mendapat vaksin, belum tentu keadaan akan kembali seperti dahulu. Amalan memakai pelitup muka dan mencuci tangan serta pematuhan SOP dijangka kekal menjadi sebahagian daripada amalan hidup termasuk di sekolah,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

Apakah mungkin cadangan penutupan semua sekolah buat sementara waktu ketika ini menjadi wahana pragmatik dalam mengekang peningkatan penularan COVID-19 yang kini dilihat semakin membimbangkan di institusi pendidikan? -Gambar fail
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).

Sekolah di selatan India ditutup akibat hujan lebat
Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu.

Tangguh dahulu pembukaan sekolah sehingga kes positif COVID-19 menurun - Ibu bapa
Pengumuman pembukaan sekolah secara berperingkat bermula awal Oktober depan mengundang pelbagai reaksi daripada ibu bapa di Sandakan, Sabah.

Penutupan sekolah: Sewa kantin dikecualikan hingga hujung tahun - KPM
Penyambungan kontrak sewaan kantin dan premis di sekolah secara automatik untuk tempoh satu tahun apabila tamat tempoh kontrak asal.

COVID-19: 20 sekolah di P. Pinang, 6 di N. Sembilan ditutup dua hari
Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang dan enam di Negeri Sembilan ditutup dua hari bermula hari ini susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat.

Analisis: Apakah penutupan semua sekolah keputusan terbaik?
Berdasarkan respons yang kami terima, majoriti ibu bapa tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah ketika ini kerana bimbang dijangkiti wabak berkenaan, kata Presiden PIBGN.

Keputusan tutup sekolah penilaian bersama PKD, KPM, kerajaan negeri
Penilaian itu mengambil kira antaranya bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau HSO.

COVID-19: Kerajaan tutup semua sekolah kerana terdapat peningkatan kes - Kementerian
Analisis data terhadap kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah, menunjukkan ia semakin meningkat semasa gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Penutupan sekolah: Motivasi murid perlu dititikberatkan
Guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memberikan motivasi kepada murid bagi memastikan mereka bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di rumah selepas pengumuman penutupan sekolah.

Institusi pendidikan di Dungun, Kerian, Port Dickson diarah tutup bermula Sabtu
Penutupan itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga mukim di daerah terbabit.