KUALA LUMPUR:Penutupan sekolah di negeri yang tidak terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu Pahang, Kelantan dan Perlis, adalah berdasarkan analisis data terhadap peningkatan kes di negeri-negeri tersebut.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas analisis data terhadap kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah, menunjukkan ia semakin meningkat semasa gelombang ketiga pandemik COVID-19.
“Selain itu, data KPM menunjukkan, kehadiran murid ke sekolah akan terjejas apabila terdapat kes positif di sesuatu kawasan walaupun ia terletak di negeri-negeri yang secara keseluruhannya tidak mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi.
“Ketidakhadiran murid ini adalah disebabkan oleh kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka jika hadir ke sekolah,” menurut KPM dalam satu jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat pagi ini.
Terdahulu, Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) bertanya rasional penutupan sekolah di seluruh negara termasuk di kawasan zon hijau COVID-19 .
Selain itu, beliau turut ingin mengetahui rasional penangguhan peperiksaan awam dan rancangan kerajaan dalam membantu pelajar yang tiada kemudahan internet dan komputer riba, terutamanya di kawasan pedalaman
KPM berkata, penutupan sekolah di empat negeri berkenaan melibatkan 1,087,803 murid, 99,491 guru dan 20,438 anggota kumpulan pelaksana.
"Ia dilihat satu jumlah yang signifikan dalam membantu KKM dan petugas barisan hadapan membendung penularan COVID-19," tambahnya.
Selain itu, kementerian berkata, pihaknya berpandangan usaha membendung penularan wabak ini amat penting dalam memastikan sesi persekolahan untuk tahun 2021 dapat dimulakan dalam keadaan selamat seperti dijadualkan.
“Ini juga penting bagi memastikan peperiksaan awam yang telah ditangguhkan ke bulan Februari 2021 dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat,” katanya lagi.
Mengenai persoalan bagaimana murid di luar bandar dapat meneruskan pembelajaran, terutamanya yang sukar mendapat akses internet, KPM berkata, pembelajaran untuk golongan berkenaan boleh dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan di saluran TV Okey dan Tutor TV Astro.
“Di samping itu, guru juga melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid, terutamanya bagi murid yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kaunter pandu lalu di sekolah,” katanya lagi.
Tambahnya, KPM kini sedang di peringkat akhir merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital negara.
Ini, jelasnya lagi, termasuk mengambil kira keperluan pemilikan peranti oleh murid dan juga akses internet di sekolah di seluruh negara.
Firdaus Azil
Tue Nov 10 2020

Data KPM menunjukkan, kehadiran murid ke sekolah akan terjejas apabila terdapat kes positif di sesuatu kawasan walaupun ia terletak di negeri-negeri yang tidak mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa hari ini.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Hari pertama sekolah, reaksi ibu bapa hantar anak masuk kelas curi tumpuan
Seawal pukul 6.45 pagi, kehadiran maskot BSN mencuri perhatian ramai apabila muncul menceriakan suasana hari pertama persekolahan.

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.

Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.

BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.

Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.