Kerisauan pasangan ini hadir setiap masa mengenangkan anak-anak di bumi Malaysia sedang dunia kini dilanda virus COVID-19 yang tidak diketahui bila pengakhirannya.
Hassan Ismail, 51, menetap di bumi Al Ain, Abu Dhabi sejak lima tahun lalu selepas bersara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala isterinya, Rohana Salehan, 52, menyusul setahun kemudian sebaik memilih untuk mengambil pencen awal sebagai seorang guru.
Pasangan ini tidak mampu lagi menyembunyikan kebimbangan yang semakin memberat lebih-lebih lagi memikirkan kondisi anak sulung mereka yang merupakan antara ribuan petugas barisan hadapan.
Fatin Farhana, 28, bertugas sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak tiga tahun lalu, manakala anak kedua mereka, Najihah Farha, 25, bertugas di wad ortopedik Hospital Melaka dan anak bongsu, Muhammad Faris Farhan, 24, masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang kejuruteraan.
“Selepas bersara daripada TUDM, saya cuba mencari pekerjaan lain, tapi memandangkan bidang penerbangan di Malaysia terlalu kecil, saya mencuba nasib di Al Ain.
“Faktor lain juga kerana pada masa itu, anak-anak kami sedang menuntut di universiti dan sangat memerlukan perbelanjaan yang besar pada masa itu,” kata Hassan kepada Astro AWANI.
Menurut Hassan, sebelum COVID-19, dia tidak merancang untuk balik ke Malaysia memandangkan perancangan cuti Aidilfitri yang agak lama, hanya isteri yang pulang bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya pada 7 Mac lalu.
Nasib Rohana baik apabila dua hari selepas pulang ke Al Ain, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bercerita lanjut, meskipun berkomunikasi dengan anak-anak setiap hari, kebimbangan mereka tetap berganda setiap hari, bukan sahaja mengenangkan anak-anak, tetapi juga cucu tunggal, Adam Aisar Mohd. Fariq, setahun lima bulan yang merupakan cahaya mata kepada Fatin Farhana.
“Kerisauan kami bukan saja terhadap anak-anak, tetapi kami juga risau dengan keadaan cucu.
“Ibu bapanya bekerja dan sekarang ini cucu dijaga oleh adik ipar anak saya. Jadi Alhamdulillah, ada yang tolong jaga cucu kami.
“Lebih membuat kami bimbang apabila anak yang bertugas di HKL beberapa minggu lalu memiliki simptom demam, batuk dan selesema. Dia dikuarantin selama empat hari selepas melakukan ujian swab di sebuah klinik.
“Saya rasa sedih tak dapat balik nak bantu anak dan tak dapat nak jaga cucu. Kami hanya dapat berdoa semoga COVID-19 ini berlalu pergi sebelum Aidilfitri,” kata Rohana.
Tambah Rohana, kebiasaannya mereka berdua akan pulang ke Malaysia dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk mengambil peluang berbuka puasa bersama ank-anak.
Bagaimanapun, tahun ini semuanya hambar memandangkan isu COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
“Saya memberi cadangan kepada anak-anak untuk beraya di rumah sahaja. Untuk persiapan hari raya anak-anak, saya akan cuba carikan sesiapa yang boleh memasak untuk mereka.
“Biasanya saya akan berada di dapur pada hari akhir puasa dan kami akan menikmati juadah hari raya malam yang sama. Jadi tahun ini kami akan berhari raya bersama kawan-kawan di sini sahaja,” tambahnya lagi.
Pada masa yang sama, Hassan turut berkongsi kesedihan apabila bapanya, Ismail Tumpang meninggal dunia bulan lalu di Hospital Pontian, Johor akibat serangan jantung pada usia 81 tahun.
“Perit rasanya apabila gagal pulang untuk uruskan jenazah ayah. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah pada November tahun lalu,” katanya lagi.
Sahlizah Mohamed
Thu May 14 2020
Hassan dan Rohana bersama anak-anak mereka semasa menyambut Aidilfitri di Malaysia pada tahun lalu. - Foto Hassan Ismail
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Pulau khas untuk eSukan akan dibina di Abu Dhabi
Akhir sekali GG Resort juga akan dibina di pulau yang dibina oi a
Siri Asian Le Mans: Agong zahir ucapan tahniah kemenangan sulung Tunku Panglima Johor
Yang di-Pertuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kemenangan sulung dalam perlumbaan siri Asian Le Mans di Abu Dhabi.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat General Women's Union di Abu Dhabi
Baginda turut diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Hari Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kali ke-52 anjuran GWU.
WIEF ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan
Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024.
WIEF ke-14 boleh jadi platform pamer ekonomi MADANI kepada dunia Islam
WIEF di Abu Dhabi dijangka menarik 3,000 peserta global dari 80 negara, dengan 50 pemimpin korporat dijangka mengambil bahagian.
'Palestin, kami bersama anda!' - Islam Makhachev kekal kejuaraan, enggan rai kemenangan di UFC
Makhachev, 31, selaku juara lightweight UFC, menumpaskan Volkanovski menerusi 'knock out' pada minit 3:06 pusingan pertama.
PM Anwar lawat bandar Masdar di Abu Dhabi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Bandar Masdar di Abu Dhabi pada Jumaat, yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia.