Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya menerusi pesanan ringkas WhatsApp pada 15 Jun lalu.
Portal Sinar Harian melaporkan, tertuduh, Mohamed Akhbar Hakim Jasman, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Mageswari.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Akhbar Hakim pada jam 8.45 malam di pusat beli belah di Bukit Bintang telah menakutkan secara jenayah terhadap Ahmad Shahrizal Ibrahim, 43, dengan ugutan mahu menyebabkan kematian menerusi pesanan ringkas WhatsApp, "Papa ingat deh kalau adik ore mati ore gi pancung blako".
Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa raya, Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Muhammmad Nor Izzat Nordin memohon jaminan antara RM2,000 hingga RM3,000 memandangkan ia sudah memadai bagi memastikan anak guamnya hadir di mahkamah.
Menurutnya, anak guamnya itu kini turut menjawat jawatan sebagai pengarah bagi tiga syarikat dan menguruskan urusan perniagaan ini bersama mangsa yang merupakan bapa tirinya.
Muhammad Aiman berkata, anak guamnya juga tidak berisiko untuk melarikan diri.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga selesai kes berkenaan.
Mahkamah turut menetapkan 7 Ogos depan bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes.
Agensi
Wed Jul 01 2020
Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya menerusi pesanan ringkas WhatsApp.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Anak lelaki pengasas Dnars didakwa ugut bapa tiri
Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya menerusi WhatsApp.
7 produk kosmetik diharamkan penjualan serta-merta
Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.
'Mommy pakai telekung, senyum pada saya' - Anak sulung Faziani sedia galas tanggungjawab
Iqbal yang sedih dengan kehilangan ibunya bagaikan disuntik semangat baru selepas pertemuan dengan Allahyarham Faziani di dalam mimpi walaupun baru sahaja meninggal dunia dua hari.