Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa selepas dia pergi ke kediaman itu untuk berjumpa dengan ayahnya.
"Apabila sampai di rumah, pintu dalam keadaan berkunci dan selepas pengadu memecahkan pintu rumah tersebut, dia melihat ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ahmad Sukarno berkata, semakan lanjut mendapati lelaki warga emas berusia 74 tahun itu tinggal berseorangan selepas bercerai dengan isterinya.
"Kali terakhir pengadu menghubungi ayahnya empat tahun lalu dan tidak dapat dipastikan berapa lama lelaki itu meninggal dunia.
"Rangka tersebut telah diserahkan kepada keluarganya," ujarnya. - Sinar Harian