MALANG tidak berbau, hasrat untuk makan ‘cendawan busut’ mengakibatkan anak beranak muntah-muntah dan jatuh sakit kerana rupanya termakan cendawan beracun.
Seorang wanita berkongsi kisah pengajaran terbesar buat dirinya apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan tumis air yang dipercayai beracun.
Kelihatan Seperti ‘Cendawan Busut’
Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya mas.ita, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.
“Saya ambil cendawan itu, dan membersihkannya seperti biasa untuk dijadikan hidangan.
“Apabila diteliti cendawan itu, ia kelihatan sama seperti cendawan busut tetapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya,” katanya.
Masakan Bertukar Warna ‘Kehijauan’
Menurutnya wanita ini lagi, dia agak was-was apabila cendawan yang dimasak itu menjadikan hidangan tersebut bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya.
“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut.
“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit.
"Saya ‘google’ cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya.
Katanya, akibat daripada itu mereka sekeluarga berada dalam keadaan sangat lemah sehingga memaksa wanita itu menghubungi talian kecemasan sebelum mereka semua dikejarkan ke hospital.
Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap keluarga tersebut dan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan liar. -Mingguan Wanita
Sumber: TikTok mas.ita
Mingguan Wanita
Sat Jul 15 2023
Menurut perkongsian mas.ita di akaun TikToknya, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka. -Mingguan Wanita
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
11 sekeluarga di AS dikejar ke hospital selepas makan cendawan beracun
Cendawan liar itu ditemui oleh salah seorang ahli keluarga di dalam hutan dan dibawa pulang untuk dijadikan sajian makan malam.
Wanita ditahan susulan kematian 3 individu disyaki makan cendawan beracun
Polis Australia menahan seorang wanita berhubung kematian tiga warga emas Ogos lalu yang mengalami keracunan makanan selepas disyaki memakan cendawan beracun.
Anak beranak muntah jamah cendawan beracun, wanita ini kongsi kisah pengajaran
Akibat daripada itu mereka sekeluarga berada dalam keadaan sangat lemah sehingga memaksa wanita itu menghubungi talian kecemasan sebelum mereka semua dikejarkan ke hospital.
Beli cendawan komersial elak keracunan makanan - Pensyarah UMT
Tidak semua cendawan yang zahirnya kelihatan cantik, gebu dan besar, selamat dimakan.
Malang sembilan beranak termakan cendawan beracun
Ibu kepada lapan anak itu berkata, dia tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies beracun.