Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon penjelasan berhubung isu pengambilalihan pengurusan air negeri Selangor oleh kerajaan pusat.
Selain itu, AMK turut memohon penjelasan Khalid tentang tindakan penutupan Pusat Giat Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Selayang.
Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri, keputusan untuk memuktamadkan rundingan pengambilan pengurusan air di Selangor oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) telah menimbulkan banyak kekeliruan, keresahan dan kemarahan di kalangan rakyat negeri itu.
"Justeru, pihak kami memohon YAB Tan Sri membuat penjelasan kepada rakyat Selangor yang dilihat kini telah mengubah pendirian dengan menerima Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 31 Disember 2013," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Azmizam menyoal samada program air percuma dapat diteruskan dalam tempoh jangka panjang serta status penggunaan RM600 juta yang telah digunakan dalam program air percuma sebelum ini.
"Bagaimana dengan tawaran saham air yang dijanjikan kepada Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu?
"Adakah jaminan kerajaan negeri tarif air dapat dikekalkan pada kadar yang rendah dapat diteruskan selepas pengambilalihan tersebut?" soalnya lagi.
Selain itu, Azmizam turut bertanya mengapa kerajaan Selangor memasukkan persetujuan pelaksanaan Projek Langat 2 dalam persetujuan penyerahan pengurusan air berbeza dengan pendirian sebelum ini.
Memorandum oleh AMK itu telah disampaikan oleh Azmizam sendiri kepada setiausaha politik MB Selangor, Azman Abidin sekitar jam 3.15 petang.
Sementara itu, AMK turut meminta agar tindakan segera diambil oleh Khalid berhubung penutupan Pusat Giat MARA di Selayang bagi menangani dan mengurus persepsi di kalangan rakyat khususnya anak muda dan pengundi Melayu yang disifatkan oleh Azmizam sebagai sensitif dengan isu tersebut.
"Sehubungan dengan itu, kami berharap pihak YAB Tan Sri mengambil perhatian serius di atas permohonan kami ini dan bertindak segera demi kepentingan parti dan rakyat negeri Selangor," katanya.
Kerajaan Selangor pada 8 Januari lalu, telah memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek berkenaan.
Khalid Ibrahim berkata dua pentadbir yang dicadangkan itu ialah Presiden Kumpulan Darul Ehsan, Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin.
Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.
Keputusan pengambil alihan air oleh kerajaan pusat, bagaimanapun mendapat tentangan dari beberapa pihak termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
PKR telah menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan untuk menggunakan Fasal 114 daripada Akta Perkhidmatan Industri Air 2006, boleh 'membawa risko besar dan memangsakan rakyat Selangor'.
Menurut Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli, Fasal 114 Akta membolehkan kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil alih sepenuhnya harta, perniagaan dan perjalanan harian sesuatu pemegang konsesi atas kepentingan negara.
Haider Yutim
Mon Jan 20 2014
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek