Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini membantah tindakan Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahgunakan media rasmi kerajaan negeri Selangor bagi tujuan berkempen untuk dirinya sempena pemilihan parti itu, Mei nanti.

Mereka mengecam tindakan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor itu, yang dilaporkan telah menggunakan Media Selangorku untuk mempromosi dirinya menerusi sebuah artikel yang dimuatnaik di laman portal Selangor Kini bertarikh 12 April, 2014.

Artikel yang dimaksudkan tersebut bertajuk ‘Pemilihan PKR 2014: Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai Timbalan Presiden’.

"Semakan susulan juga menunjukkan bahawa akaun laman sosial Media Selangorku menerusi Facebook dan Twitter turut disalahguna bagi tujuan sama iaitu berkempen untuk Menteri Besar Selangor.

selangorkini

"Tindakan sebegini sememangnya memalukan memandangkan ia bertentangan dengan pendirian dan prinsip PKR khususnya serta Pakatan Rakyat amnya yang konsisten membantah tindakan Barisan Nasional yang menyalahgunakan media rasmi Kerajaan seperti RTM bagi kepentingan politik mereka," kata Setiausaha AMK Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad dalam sebuah kenyataan pada Isnin.

fb selangorku

Selain itu, AMK turut menyatakan rasa kesal dan kecewa mereka atas sikap Abdul Khalid yang bertentangan dengan imej yang sering ditonjolkannya iaitu sebagai pemimpin yang bersih dan berintegriti.

twt_selangorku