KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini 'memulangkan paku buah keras' kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) kerana mendakwanya cuba "mengalihkan tiang gol" selepas usul tergempar bagi membincangkan skandal kapal tempur pesisir (LCS) ditolak Dewan Rakyat, minggu lalu.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau pelik kerana sebelum pilihan raya umum (PRU) berlangsung, AMK adalah antara kumpulan yang lantang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.
"(Tetapi) yang pelik dan ajaibnya, orang sama yang tuntut perkara ini, kini ingin mengambil tindakan ke atas saya kerana membangkitkan isu LCS," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Jelas Syed Saddiq lagi, AMK juga antara yang bersungguh-sungguh berkempen pada PRU lalu, dengan menuduh beberapa menteri yang kini sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan.
"Orang sama berkempen mengatakan bahawa LCS ini lebih teruk rasuah dan penyelewengan daripada 1MDB, orang sama yang tidak tunggu pun perbahasan siasatan dilaksanakan, untuk kata kita menang, kita tangkap dan humban pemimpin-pemimpin utama (yang terlibat dalam isu LCS) ke dalam penjara.
"Saya tidak kata pun perkara ini (humban dalam penjara), (tetapi) yang saya mohon proses yang betul iaitu kita adakan perbahasan di Parlimen, dan isu sama yang dituntut sebelum pilihan raya.
"Kita (pembangkang ketika itu) letakkan beberapa tuduhan ke atas beberapa menteri utama yang kini dalam kerajaan, dan ingin penjarakan mereka.
"Tetapi bila kita ingin tahu perkara ini secara mendalam, kita lupakan dan diamkan, bisukan mulut, pekakkan telinga serta butakan mata," tambahnya lagi.
Dalam masa sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjawab teguran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang antaranya mengatakan beliau tidak bersikap adil terhadap alasan penolakan usul tergempar LCS.
Jelas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu, beliau menghormati institusi Speaker tetapi menegaskan usul tergempar LCS sangat terperinci, dan ia disifatkan berkepentingan orang ramai serta perlu disegerakan.
"Saya dah kongsikan (dalam surat) mengapa ini kepentingan orang ramai, dan mengapa ia perlu disegerakan kerana dalam tempoh satu minggu kos LCS dinaikkan tambahan sebanyak RM2.2 bilion dan jumlah kapal dikurangkan dalam tempoh satu minggu.
"Itu mengapa ia perlu disegerakan dan mengapa ini isu kepentingan orang ramai. Saya rasa semua orang tahu dan bersetuju ini melibatkan RM11.2 bilion duit rakyat dan projek ditangguh berkali-kali serta tiada tangkapan besar (individu yang dituduh)," ujarnya lagi.
Syed Saddiq juga menambah, beliau tidak melakukan serangan peribadi kepada Johari seperti yang dilakukan ahli-ahli Parlimen pada persidangan penggal lalu, yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada Speaker Dewan Rakyat ketika itu.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 12 2023

Jelas Syed Saddiq AMK juga antara yang bersungguh-sungguh berkempen pada PRU lalu, dengan menuduh beberapa menteri yang kini sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan. - Foto/fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.