Pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesahkan seorang warganya dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah Virus Corona, (MERS-CoV).

Lelaki berkenaan yang merupakan petugas kesihatan dilaporkan pulang dari Arab Saudi minggu lepas.

Dia kini dirawat di hospital di barat laut Indiana dan dilaporkan stabil.

Menurut pusat kawalan dan pencegahan penyakit Amerika, kes berkenaan sedang disiasat pihak berkuasa kesihatan Indiana.

Bagaimanapun, pengarah bersama Pusat Jangkitan dan Imunisasi Universiti Colombia, Dr Thomas Briese berkata, ia kes pertama dan tidak bermakna akan berlaku epidemik atau penularan wabak berkenaan.

MERS mula menyerang di Arab Saudi dua tahun lalu, dan sehingga kini 400 kes dilaporkan dengan 100 kematian dicatatkan.