Sebuah ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya di sini malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota berjaya mengawal kebakaran dalam masa tiga minit dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Katanya dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, ambulans tersebut yang membawa dua kakitangan Hospital Kuala Kangsar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Ipoh apabila secara tiba-tiba terbakar sebaik tiba di lokasi.
"Namun kakitangan hospital yang berada dalam ambulans berjaya keluar dari kenderaan itu.
"Tiada pesakit dalam ambulans berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah operasi bomba memadam api pada ambulans itu tamat kira-kira jam 9.15 malam. -- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2016
Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota berjaya mengawal kebakaran dalam masa tiga minit dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
Piala ASEAN: Indonesia umum pemain, bawa skuad Kelayakan Piala Dunia hadapi saingan
Marselino Ferdinan mengetuai senarai pemain pasukan Indonesia menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric bulan depan.
Ambulans terbakar di Kuala Kangsar
Sebuah ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya di sini malam tadi.