KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memberi fokus kepada kelestarian bumi dalam aspek perancangan pembangunan fizikal mahupun sosioekonomi agar mendatangkan impak positif kepada rakyat dan alam sekitar, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekretariat Majlis Air Negara (MAN) Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan berkata perkara itu dinyatakan Muhyiddin ketika mempengerusikan Mesyuarat Kedua MAN 2021 secara maya, pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, dalam mesyuarat tersebut perdana menteri menyarankan supaya inisiatif pengebilan bersepadu oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dilaksanakan bagi negeri-negeri yang telah memberikan persetujuan.
"Namun begitu, perdana menteri juga memohon agar negeri-negeri lain meneliti dan mempercepatkan persetujuan kerana ia memberi banyak manfaat.
Berkaitan dengan ini juga, Kerajaan Negeri Johor telah menyatakan persetujuan untuk IWK mengambil alih perkhidmatan pembetungan di Majlis Perbandaran Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang," menurut kenyataan itu.
Selain itu, perdana menteri juga memohon agar KASA menjalankan sesi libat urus berkaitan cadangan penggunaan kadar minimum aliran ekologi/alam sekitar dalam pengurusan sungai di Malaysia dengan negeri untuk memberi penerangan pelaksanaan cadangan itu.
Mesyuarat itu juga telah membuat keputusan penting iaitu agar semua negeri mengguna pakai Garis Panduan JPS 1/97 Kawalan Hakisan Berikutan Pembangunan di Kawasan Pantai dan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISPM) berikutan kejadian hakisan pantai dan sungai yang berlaku disebabkan aktiviti mengorek pasir.
"Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) juga disambut baik oleh semua negeri dan kementerian yang terlibat dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran sungai," katanya.
Sebanyak enam kertas cadangan dan tiga kertas makluman telah dibentangkan pada mesyuarat yang dihadiri menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan ketua jabatan serta agensi yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Perdana Menteri juga memohon agar negeri-negeri lain meneliti dan mempercepatkan persetujuan kerana ia memberi banyak manfaat. - Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ambil kira perubahan iklim dalam pembangunan negara - PM
Tindakan itu perlu diambil bagi mengelakkan peningkatan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa pada masa hadapan.

Ambil kira kelestarian bumi dalam rancang pembangunan, sosioekonomi - Muhyiddin
Malaysia perlu memberi fokus kepada kelestarian bumi dalam aspek perancangan pembangunan fizikal mahupun sosioekonomi.