AMAZON mengumumkan dua cip baharu Trainium2 dan Graviton2 yang direka khusus untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) dan juga pelayar data mereka.

Kedua-dua cip diumumkan selang beberapa minggu selepas Microsoft mengumumkan Maia 100 dan Cobalt 100 untuk tujuan yang sama.

Trainium2 direka untuk mempercepatkan proses latihan model sehingga empat kali lebih pantas berbanding cip generasi pertama.

Ia akan beroperasi dalam kluster EC2 UltraCluster yang terdiri daripada 100,000 cip. Selain latihan lebih pantas, kecekapan penggunaan tenaga juga meningkat dua kali ganda.



Graviton4 pula menawarkan 30% peningkatan kuasa memproses. 50% lebih banyak teras CPU dan jalur lebar memori 75% lebih tinggi jika dibandingkan dengan Graviton3.

Menurut Amazon ini memberikan nilai terbaik untuk prestasi dan kecekapan penggunaan tenaga untuk pelbagai tugasan yang dilakukan menerusi Amazon EC2.

Walaupun mempunyai cip rekaan sendiri, Amazon masih menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan yang masih ingin menggunakan cip AMD, Intel, dan NVIDIA. -Amazon