IPOH: Seorang amah warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak majikannya berusia setahun enam bulan dengan seterika, kira-kira dua minggu lepas.
Komala Sari, 26, didakwa melakukan penganiayaan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berkenaan, di sebuah rumah di D'Festivo Medan Ipoh, Festival Walk@Ipoh, Kinta pada 12 tengah hari, pada 17 Jun.
Berikutan itu, Komala yang baru bekerja selama tiga bulan dengan keluarga mangsa, didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Mengikut fakta kes, bapa mangsa yang berusia 44 tahun telah membuat laporan polis pada 17 Jun lepas setelah menerima aduan daripada isterinya yang juga ibu mangsa, apabila mendapati terdapat kesan melecur pada bahagian punggung hingga betis kanak-kanak berkenaan.
Tertuduh memberikan alasan bahawa mangsa bermain dengan seterika yang berada di dalam bilik apabila ditanya tentang kesan lecur itu.
Ibu mangsa yang curiga telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan dan dinasihatkan membuat laporan polis kerana mengesyaki luka lecur itu adalah akibat kesan didera.
Timbalan Pendakwa Raya K Darinee memohon mahkamah agar tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan memohon satu tarikh lain untuk sebutan semula kes dan laporan perubatan penuh mangsa.
Hakim Azizah Ahmad kemudian menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Komala Sari didakwa melakukan penganiayaan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berkenaan. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Amah kahwin lagi di Malaysia, suami murung di kampung bunuh diri
Hasil siasatan mendapati mangsa mengalami kemurungan selepas ditinggalkan isterinya yang bekerja sebagai amah di Malaysia.

Kesal kes dera amah, Richard harap beku amah tidak dilaksana
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot memaklumkan beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hanif Dhakiri untuk menjelaskan situasi semasa.

Kedutaan Indonesia sambut baik langkah kos baru amah Indonesia
Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan kadar baru kos pengambilan pembantu rumah Indonesia iaitu RM8,000.