ALOR SETAR: Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah hari ini.
Anugerah Khas itu disampaikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kepada Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff yang mewakili keluarga Allahyarham berikutan tidak dapat hadir ke majlis berkenaan.
Mohd Muaz berkata anugerah itu adalah atas sumbangan dan jasa bakti Awang Askandar selama berkhidmat hampir enam tahun sebagai Pengarah APM Kedah.
"Banyak sumbangan Allahyarham terutamanya kepada masyarakat Kedah, Allahyarham banyak terlibat dengan operasi banjir, memberi latihan kepada komuniti dan orang awam, di samping sering bekerjasama dan terlibat dengan aktiviti bersama jabatan dan agensi yang ada di negeri ini.
"Hari ini pegawai-pegawai APM dan rakan-rakan Allahyarham turut hadir ke majlis ini untuk menyaksikan penganugerahan yang cukup bermakna ini," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan itu di sebuah hotel di sini hari ini.
Mohd Muaz berkata tayangan montaj mengenai Allahyarham itu nyata memberikan kesan kepada semua yang hadir, terutamanya buat dirinya sendiri serta pegawai dan anggota APM lain.
"Walaupun kejadian yang menimpa arwah sudah lama tapi kami semua rasa bagaikan ia baru sahaja berlaku... kami terkesan melihat montaj itu kerana kehilangan seorang insan yang disayangi dan dihormati yang kami kenali sejak 2017.
"Allahyarham telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan, hadiah iringan dan replika cek berjumlah RM7,000 dan kita akan serahkan kepada keluarga arwah yang berada di Sabah," katanya.
Allahyarham Awang Askandar, 56, meninggal dunia semasa mengikuti misi menawan Gunung Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023) pada Mei lepas, apabila dikatakan terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.
Majlis pagi ini turut menyaksikan Imam Masjid Al-A'la di Jitra, Saidin Dogol, 75, diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Imam, dan beliau membawa pulang sijil penghargaan, hadiah iringan dan RM7,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Allahyarham Awang Askandar, 56, meninggal dunia semasa mengikuti misi menawan Gunung Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023) pada Mei lepas. - Gambar fail/ Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ahmad Zahid hadiri Malam Kluang Berselawat
Program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada Isnin lepas, dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selain bacaan al-Quran, qasidah dan tazkirah.

Umat Islam wajar terus jadikan Rasulullah sebagai 'Uswatun Hasanah' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai 'Uswatun Hasanah'.

Pihak berterusan manipulasi isu agama, perkauman tidak bertanggungjawab - Mohd Na'im
Katanya, perbuatan seumpama itu akan menyebabkan rakyat jadi mangsa keadaan kerana dihidangkan dengan berita yang memecahbelahkan silaturahim.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.

Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.

Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.

Tengku Mahkota Kelantan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Tengku Muhammad Fakhry berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ilmuwan Islam kepada Felo Akademik USIM Prof Emeritus Dr Abdul Samat Musa.

Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.

Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.