Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan malam ini berikutan orang ramai mula bercuti dan pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, setakat 10 malam ini, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Tapah ke Gopeng, Kuala Kangsar ke Changkat Jering dan selepas Terowong Menora menuju ke Sungai Perak.
"Sementara itu, bagi arah selatan, kenderaan turut bergerak perlahan dari Pedas Linggi menuju Simpang Ampat, Negeri Sembilan akibat kemalangan kecil di KM 226.0. Bagaimanapun, tiada lorong terhalang," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 01 2019
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan malam ini berikutan orang ramai mula bercuti dan pulang ke kampung. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.
Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Kemalangan lori treler melintang di lebuh raya Pagoh-Yong Peng
Menurut PLUS, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.
Jajaran di Sarikei Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap Oktober
Status kerja-kerja pembinaan Seksyen Bukit Sebangkoi telah mencapai 99 peratus.
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Orang awam ceroboh projek lebuh raya belum siap boleh dikenakan tindakan - JKR
Orang awam dilarang menceroboh masuk ke kawasan jajaran projek Membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama.
Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R
Polis Daerah Nilai menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.